atm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 21 Sep 2025 07:44:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png atm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Persekutuan fokus kesejahteraan anggota ATM melalui pelbagai inisiatif – Mohamed Khaled https://sabahmedia.com/2025/09/21/kerajaan-persekutuan-fokus-kesejahteraan-anggota-atm-melalui-pelbagai-inisiatif-mohamed-khaled/ https://sabahmedia.com/2025/09/21/kerajaan-persekutuan-fokus-kesejahteraan-anggota-atm-melalui-pelbagai-inisiatif-mohamed-khaled/#respond Sun, 21 Sep 2025 07:43:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81725
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh Normimie Diun

PUTATAN: Kerajaan Persekutuan memberi jaminan akan terus memelihara kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pelbagai inisiatif selain memperkukuh keselamatan di Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, lawatan kerjanya ke Sabah bukan sahaja menilai tahap kesiagaan anggota tentera, malah turut meninjau kemudahan dan kebajikan warga ATM.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan tahap kesiagaan ATM di Sabah. Malah, anggota kita turut memainkan peranan membantu ketika bencana banjir yang berlaku beberapa minggu lalu. Kita akan terus bersedia memainkan peranan dalam apa jua keadaan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas 5 Divisyen, Kem Lok Kawi di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melaksanakan pelbagai inisiatif kesejahteraan di bawah program Madani, termasuk konsep ‘kem angkat’ menggantikan kampung angkat.

Antara projek yang dijalankan ialah menaik taraf masjid, dewan serbaguna dan bilik air dengan peruntukan lebih RM100,000 setiap satu di lima kem tentera dua di Sabah dan tiga di Semenanjung.

Selain itu, LTAT turut melaksanakan Projek Sekolah Angkat Madani melibatkan 38 sekolah dalam kem tentera di seluruh negara.

Sempena lawatan itu, Mohamed Khaled turut merasmikan Blok Bangunan Baharu Sekolah Kebangsaan Kem Lok Kawi bernilai RM3.06 juta serta menyampaikan sumbangan RM25,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Sandakan.

Dalam aspek ekonomi Madani, katanya, kem-kem tentera dipilih melaksanakan projek berasaskan minat anggota seperti madu kelulut, tanaman herba, cendawan dan hidroponik.

“Di Sabah, projek madu kelulut membabitkan 40 peserta dengan peruntukan RM80,000, yang dijangka menjana pendapatan kira-kira RM1,700 sebulan setiap peserta,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut mengadakan tinjauan projek tandas baharu Masjid As-Salam dan penambahbaikan laluan rosak di Kem Lok Kawi membabitkan kos RM150,000.

Beliau turut menyantuni 500 anggota tentera serta awam di kem itu selain menyampaikan sumbangan kebajikan kepada 20 anggota dan keluarga yang menghidap penyakit kronik serta kurang upaya.

“Program ini bukan sekadar bantuan sekali gus seperti bakul makanan, tetapi peluang berterusan untuk menambah pendapatan anggota sehingga selepas mereka bersara. Usaha ini sekaligus menyumbang kepada industri makanan negara,” katanya.

Khaled turut menzahirkan simpati terhadap insiden membabitkan dua anggota tentera baru-baru ini yang seorang daripadanya ditemui meninggal dunia manakala seorang lagi masih hilang.

“Operasi mencari masih diteruskan oleh ATM secara tersendiri. Siasatan sedang dijalankan dan kita bersedia menerima apa sahaja keputusan daripada pihak berwajib,” katanya.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi; Panglima 5 Divisyen, Mejar Jeneral Dato’ Noorrul Azril Ariffin; Ketua Pegawai Eksekutif LTAT, Mohammad Ashraf Md Radzi serta pegawai kanan Tentera Darat Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/21/kerajaan-persekutuan-fokus-kesejahteraan-anggota-atm-melalui-pelbagai-inisiatif-mohamed-khaled/feed/ 0 81725
Lelaki dipenjara empat tahun salah guna kad ATM biras lesapkan RM10,000 https://sabahmedia.com/2025/05/20/lelaki-dipenjara-empat-tahun-salah-guna-kad-atm-biras-lesapkan-rm10000/ https://sabahmedia.com/2025/05/20/lelaki-dipenjara-empat-tahun-salah-guna-kad-atm-biras-lesapkan-rm10000/#respond Tue, 20 May 2025 09:22:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74161
Read Time:2 Minute, 38 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan transaksi tanpa kebenaran melibatkan wang RM10, 000 milik birasnya.

Sylvester Drem, 35, membuat pengakuan bersalah di hadapan hakim Amir Shah Amir Hassan.

Tertuduh telah melakukan transaksi tanpa kebenaran dengan menggunakan instrumen pembayaran milik birasnya, seorang wanita berusia 55 tahun, untuk memindahkan wang sebanyak RM10,000 dari akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik mangsa ke dalam akaun Maybank milik ibu tertuduh yang berusia 54 tahun.

Kesalahan itu dilakukan pada 20 November 2024, kira-kira jam 11.26 pagi di BSN Jalan Hone, dalam daerah Tuaran, Sabah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 424C(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, atau denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak melebihi RM150,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada 29 November 2024 kira-kira jam 3 petang di BSN cawangan Tuaran, mangsa menyedari wang simpanannya berkurang sebanyak RM10,000 ketika cuba membuat pengeluaran.

Hasil semakan mendapati terdapat satu transaksi pindahan wang bernilai RM10,000 yang dilakukan pada 20 November 2024, hari sama mangsa meminta bantuan tertuduh untuk mengeluarkan wang sebanyak RM200. Mangsa mengesyaki tertuduh yang melakukan transaksi tersebut.

Menurut mangsa, kad ATM telah diserahkan semula oleh tertuduh bersama wang tunai RM200 pada hari yang sama.

Selepas menyedari kehilangan wang, mangsa menghubungi tertuduh untuk mendapatkan penjelasan dan tertuduh mengakui melakukan pemindahan itu. Tertuduh berjanji akan membayar wang itu semula, namun sehingga laporan polis dibuat tertuduh gagal berbuat demikian dan tidak dapat dihubungi.

Susulan laporan polis, tertuduh ditangkap pada 16 Mei lalu dan hasil siasatan mendapati dia telah memindahkan wang itu ke akaun Maybank milik ibunya. Tertuduh juga mengaku bahawa kad ATM akaun ibunya berada dalam simpanannya, dan perkara itu turut disahkan oleh mertua mangsa.

Dalam rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan kerana sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ketika ditanya oleh Mahkamah, tertuduh mengaku kesemua wang tersebut telah dihabiskan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Yousof Tahir Mahmood memaklumkan bahawa kes ini merupakan kes pertama di Sabah yang didakwa di bawah Seksyen 424C(2) Kanun Keseksaan.

Walaupun begitu, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata bahawa mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam dan kesan terhadap mangsa, iaitu biras tertuduh yang mengalami kerugian selepas tertuduh gagal menunaikan janji untuk membayar semula.

Hakim juga mengambil kira Seksyen ini baru sahaja dikuatkuasakan pada 30 Oktober 2024, manakala kesalahan dilakukan sebulan kemudian pada 29 November 2024.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa ini merupakan kes pertama di Sabah yang dibawa ke mahkamah di bawah Seksyen berkenaan, dan berharap lebih banyak kes akan didaftarkan supaya peruntukan undang-undang ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk membendung perbuatan seumpama ini, serta menjadikan hukuman yang dijatuhkan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat umum.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan iaitu 16 Mei 2025.

Terdahulu Sabah Media melaporkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun ditahan pihak polis selepas disyaki terlibat dalam transaksi kewangan tanpa kebenaran membabitkan akaun bank ahli keluarganya.

LINK BERITA: https://sabahmedia.com/2025/05/20/lelaki-ditahan-kerana-guna-akaun-bank-ahli-keluarga-tanpa-kebenaran/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/20/lelaki-dipenjara-empat-tahun-salah-guna-kad-atm-biras-lesapkan-rm10000/feed/ 0 74161
Kerajaan setuju panjangkan BIW anggota ATM berkuat kuasa 1 Julai ini https://sabahmedia.com/2023/05/31/kerajaan-setuju-panjangkan-biw-anggota-atm-berkuat-kuasa-1-julai-ini/ https://sabahmedia.com/2023/05/31/kerajaan-setuju-panjangkan-biw-anggota-atm-berkuat-kuasa-1-julai-ini/#respond Wed, 31 May 2023 09:32:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35510
Read Time:1 Minute, 26 Second

PUTATAN: Kerajaan bersetuju memanjangkan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) menggantikan BISS dan BISM untuk manfaat pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini pegawai dan anggota ATM yang bertukar wilayah menerima Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM).

“Namun, kadar BISS dan BISM yang diberikan adalah lebih rendah berbanding kadar BIW yang diterima oleh pegawai perkhidmatan awam yang lain.

“Sedangkan asas pembayaran ketiga-tiga insentif adalah sama iaitu untuk menampung kos sara hidup yang tinggi serta sebagai galakan pegawai dari semenanjung untuk berkhidmat di Sabah atau Sarawak dan sebaliknya.

“Maka, Kerajaan bersetuju memanjangkan Bayaran Insentif Wilayah menggantikan BISS dan BISM untuk manfaat pegawai dan anggota ATM berkuat kuasa 1 Julai 2023,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Warga Atm Markas 5 Briged Kem Lok Kawi di Dewan Utama, Markas 5 Briged, Kem Lok Kawi di sini hari ini.

Menurut Anwar, kelulusan ini akan memanfaatkan 33,586 anggota ATM dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM87.8 juta setahun berdasarkan perjawatan tahun 2022.

Dalam majlis sama, Anwar turut mengumumkan dan meluluskan projek baharu iaitu pembangunan semula 49 unit rumah terbiar untuk dijadikan 47 unit kuarters awam dan sebuah rumah transit Kementerian Pertahanan Cawangan Sabah Di Taman Lok Kawi, Papar dengan jumlah kos projek RM25 juta.

Manakala, projek yang sedia ada seperti pembinaan RKAT tambahan pelbagai kelas Kem Lok Kawi dengan kos projek berjumlah RM213 juta.

“Membaik pulih dan naik taraf aviari di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Putatan dengan jumlah kos projek RM4.8 juta, menaik taraf Jalan Lok Kawi dari bulatan Sabindo ke Sungai Kinarut RM67 juta serta pembinaan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Kawi dengan jumlah kos projek RM23 juta,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/31/kerajaan-setuju-panjangkan-biw-anggota-atm-berkuat-kuasa-1-julai-ini/feed/ 0 35510
Kerajaan Komited Perkasa Bela Kebajikan Anggota ATM https://sabahmedia.com/2022/02/25/kerajaan-komited-perkasa-bela-kebajikan-anggota-atm/ https://sabahmedia.com/2022/02/25/kerajaan-komited-perkasa-bela-kebajikan-anggota-atm/#respond Fri, 25 Feb 2022 08:26:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12543
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan komited untuk terus memperkasakan lagi usaha bagi membela kebajikan anggota, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan ahli keluarga mereka terutama dari sudut perumahan selain perkhidmatan kesihatan.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ia termasuklah membina 513 kuarters Angkatan Tentera Tambahan Kelas Kem Lok Kawi yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, projek dengan peruntukan sebanyak RM188 juta itu akan turut dibina dengan bangunan sokongan termasuk kerja-kerja infrastuktur.

“Apabila siap kelak, anggota tentera di Kem Lok Kawi akan dapat menikmati rumah yang lebih selesa untuk diduduki bersama keluarga.

“Selain itu saya juga ingin mengingatkan pihak kontraktor agar mematuhi syarat-syarat yang termaktub di dalam kontrak dan memenuhi ekspektasi pelanggan.

“Projek- projek yang dipelawa ini adalah projek yang melibatkan fasiliti awam demi kepentingan rakyat,” katanya dalam kenyataan selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Pembinaan Rumah Kuarters Angkatan Tentera Tambahan Kelas Kem Lok Kawi disini hari ini.

Arthur berkata, pelaksanaan projek wajib mematuhi spesifikasi dan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan agar projek yang diserahkan berkualiti, mengikut tempoh masa dan kos yang telah ditetapkan.

Katanya, pencapaian Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam mengeluarkan SST mencerminkan pengiktirafan Kerajaan kepada sektor pembinaan sebagai salah satu sektor penting yang menjadi teras pemulihan ekonomi negara Pasca COVID-19.

“KKR telah mengeluarkan 137 SST bernilai RM4.6 bilion melepasi sasaran yang telah ditetapkan bersempena KPI Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Manakala bagi tahun 2021 pula, sebanyak 392 SST telah dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM18.6 bilion.” katanya.

Tambahnya lagi, SST yang dikeluarkan adalah penting dalam merancakkan ekonomi negara terutamanya ketika negara berusaha memulihkan ekonomi negara.

“Kitaran ekonomi dalam industri pembinaan akan memberikan nilai penggandaan yang banyak kepada ekonomi negara dan seterusnya memberikan manfaat kepada Keluarga Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/25/kerajaan-komited-perkasa-bela-kebajikan-anggota-atm/feed/ 0 12543
YNJ Serah Sumbangan Kepada 87 Ahli PVATM https://sabahmedia.com/2022/01/30/ynj-serah-sumbangan-kepada-87-ahli-pvatm/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/ynj-serah-sumbangan-kepada-87-ahli-pvatm/#respond Sun, 30 Jan 2022 03:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11720
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Seramai 87 ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

Pengerusi YNJ, Brigedier Jeneral Al Hambra Juhar berkata pemberian sumbangan itu adalah bagi menghargai pengorbanan yang telah diberikan oleh pesara veteran yang telah bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air. 

“Diharap sumbangan pada hari ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesara-pesara ATM kategori miskin tegar, balu dan anak-anak pesara dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

“YNJ juga akan meneruskan sesi jelajah ke seluruh Sabah bagi terus membantu dan menyantuni pesara-pesara veteran ATM dan daerah Tawau akan menjadi lokasi seterusnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia di Dewan Maksak, Likas disini semalam.

Sementara itu, salah seorang penerima sumbangan iaitu balu kepada Allahyarham Sarjan Osman Mahadi, Nafsiah Madzor meluahkan rasa terharu atas keprihatinan YNJ dalam memberikan sumbangan bantuan kepada beliau dan keluarga. 

“Terlalu banyak bantuan yang telah diberikan oleh YNJ kepada kami sekeluarga termasuklah bantuan selepas kejadian kebakaran rumah kami di Putatan pada tahun lepas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala kebaikan yang telah diberikan,”katanya.

Turut hadir, Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Negeri merangkap Bendahari Kehormat YNJ, Datuk Abinan Asli, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip, Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar dan Yang di-Pertua PVATM, Marshid Mohd Salleh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/ynj-serah-sumbangan-kepada-87-ahli-pvatm/feed/ 0 11720
PKPD : Markas Divisyen Kelima Infrantri Malaysia (5DIV) Laksana Penugasan Memasang Kawat Duri https://sabahmedia.com/2021/07/14/pkpd-markas-divisyen-kelima-infrantri-malaysia-5div-laksana-penugasan-memasang-kawat-duri/ https://sabahmedia.com/2021/07/14/pkpd-markas-divisyen-kelima-infrantri-malaysia-5div-laksana-penugasan-memasang-kawat-duri/#respond Wed, 14 Jul 2021 14:32:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3045
Read Time:1 Minute, 6 Second

BEAUFORT : Rejimen 507 Askar Wataniah dan Rejimen Askar Melayu Diraja telah melaksanakan penugasan memasang Kawat Berduri (Concertina Wire) di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan disini hari ini.

Penugasan itu melibatkan seramai satu pegawai dan 16 orang anggota lain-lain pangkat yang diketuai Kapten Mohd Nizam Awang Maslien.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Markas Divisyen Kelima Infrantri Malaysia (5DIV), penugasan ini adalah selaras dengan pengumuman PKPD di lokasi penempatan tersebut bermula hari ini sehingga 27 Julai depan berikutan berlakunya pertambahan kes jangkitan dan penyebaran COVID – 19.

Katanya, kerjasama semua masyarakat sekitar kawasan Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3 untuk tidak keluar masuk dari kawasan PKPD bagi mengelakkan wabak ini menular ke kawasan lain.

“Pihak Angkatan Tentera Malaysia akan terus membantu pihak berkuasa tempatan untuk mengelakkan penularan wabak ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan beberapa lokaliti di  beberapa kawasan di Sabah dikenakan PKPD.

Selain Taman Muhibbah Fasa 1,2 dan 3, Beaufort turut dikenakan PKPD adalah sekitar Kampung Patikang Ulu, Keningau, Sabah; Kampung Patikang Ulu, Kilang dan Kuarters Focus Lumber, Kilang & Kuarters Veracity, Kilang dan Kuarters Hasil Jadi, Pusat Memandu IDA dan penempatan warga Indonesia.

Manakal dua lokaliti di Penampang, Sabah turut dikenakan PKPD iaitu Kampung Madsiang, Apartment Beverly Hills Fasa 2 Kampung Kobusak, Penampang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/14/pkpd-markas-divisyen-kelima-infrantri-malaysia-5div-laksana-penugasan-memasang-kawat-duri/feed/ 0 3045
‘Teratak Prihatin’ Usaha Kerajaan Negeri Bersama Agensi Kerajaan Bantu Rakyat Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/07/13/teratak-prihatin-usaha-kerajaan-negeri-bersama-agensi-kerajaan-bantu-rakyat-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/teratak-prihatin-usaha-kerajaan-negeri-bersama-agensi-kerajaan-bantu-rakyat-memerlukan/#respond Tue, 13 Jul 2021 10:23:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2990
Read Time:49 Second

TUARAN : Sebuah rumah yang dinamakan sebagai Teratak Prihatin dibawah Projek Jiwa Murni Tentera Darat dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah, 5 Divisyen dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah diserahkan kepada seorang penduduk Samir Cosmas,53.

Majlis penyerahan kunci rumah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Politik Negeri Sabah Abdul Kassim Razali yang mewakil Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Kampung Kindu Tuaran Sabah pagi tadi.

Abdul Kassim berkata, projek yang dilaksanakan itu merupakan satu usaha keprihatinan kerajaan negeri khususnya Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang prihatin kepada penduduk dan masyarakat di seluruh Sabah khususnya yang berada di kampung.

“Kerajaan negeri menyalurkan peruntukan untuk pembinaan rumah dalam prihatin rakyat ini dan kita juga berterima kasih kepada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah membantu menyiapkan projek ini serta daripada YADIM.

“Kita juga mengharapkan kerjasama ini berterusan dan kita melihat keprihatinan kerajaan negeri untuk menjayakan satu lagi perkara yang termasuk dalam program Sabah Maju Jaya kita membina sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/teratak-prihatin-usaha-kerajaan-negeri-bersama-agensi-kerajaan-bantu-rakyat-memerlukan/feed/ 0 2990
Sasar ATM Capai Imuniti Kelompok Lebih Awal https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/#respond Sat, 26 Jun 2021 10:16:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2013
Read Time:58 Second

PAPAR: Kerajaan akan pastikan semua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diberikan suntikan vaksin bagi memastikan pasukan itu mencapai imuniti kelompok lebih awal, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bayangkan kalau seluruh kem tentera dijangkiti COVID-19, kita tidak boleh gerakkan anggota kita sekiranya berlaku apa-apa.

“Jadi amat penting kita vaksin semua anggota kita sebagai persediaan dalam mempertahankan negara,” katanya yang juga Menteri Pertahanan selepas tinjauan Program Vaksinasi Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Lok Kawi, hari ini.

Katanya, pemberian suntikan vaksin secara pandu lalu di kem itu bukan hanya meliputi anggota tentera, malah juga ahli keluarga anggota tentera, kakitangan awam Kementerian Pertahanan, Askar Wataniah dan juga veteran ATM.

Program vaksinasi secara pandu lalu itu berkemungkinan dibuat di kem tentera daerah lain seperti Tawau, Lahad Datu dan Sandakan jika terdapat keperluan berbuat demikian.

Ismail Sabri berkata, setakat ini 95 peratus anggota ATM di Sabah sudah menerima suntikan vaksin. Jumlah berkenaan adalah membabitkan anggota ATM yang telah menerima dos pertama dan lengkap dua dos vaksin.

“Lima peratus lagi sedang menunggu vaksin. Jika bekalan vaksin tiba nanti, kita menjangka dapat menyuntik seramai 99 peratus seluruh anggota tentera di Sabah,” katanya. – Berita Harian

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/sasar-atm-capai-imuniti-kelompok-lebih-awal/feed/ 0 2013
Kerajaan Sabah Puji ATM Laksana PJM ACMVP Dikawasan Pedalaman Bantu Proses Vaksinasi https://sabahmedia.com/2021/06/24/kerajaan-sabah-puji-atm-laksana-pjm-acmvp-dikawasan-pedalaman-bantu-proses-vaksinasi/ https://sabahmedia.com/2021/06/24/kerajaan-sabah-puji-atm-laksana-pjm-acmvp-dikawasan-pedalaman-bantu-proses-vaksinasi/#respond Thu, 24 Jun 2021 07:04:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1849
Read Time:1 Minute, 9 Second

SIPITANG : Kerajaan negeri memuji usaha Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) Army Combat Medic Vaccination Programme (ACMVP) di Long Pasia disini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, seramai 500 penduduk kampung disini akan menerima vaksin menerusi program berkenaan yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

“Ini adalah program pertama ATM di Sabah yang diadakan bersama dengan program bergerak kerajaan (mobile outreach), Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan sukarelawan belia dikampung ini.

“Kerajaan negeri berharap lebih banyak usaha seperti ini dapat dilaksanakan di daerah lain bagi mempercepatkan lagi proses vaksinasi di Sabah,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan ke Long Pasia disini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan turut berharap dapat melihat sasaran 30,000 orang akan diberi vaksin setiap hari bermula Julai depan apabila lebih banyak vaksin sudah tersedia.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Shahelmey Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Dr Zulkapli Mohammad dan Panglima Divisyen Kelima Infantri, Mej Jen Datuk Mohd Halim Khalid

Program sama akan turut dilaksanakan di Tongod; Nabawan dan Semporna bermula Julai hingga September tahun ini.

Terdahulu, dalam taklimat pembangunan oleh Pegawai Daerah Sipitang, Ag Raimy Pg Abdul Rahman, Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM570,000 untuk dua jambatan gantung, gereja, pos tentera dan menaiktaraf sekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/24/kerajaan-sabah-puji-atm-laksana-pjm-acmvp-dikawasan-pedalaman-bantu-proses-vaksinasi/feed/ 0 1849