Bunuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 22 May 2026 03:33:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Bunuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kes mayat terapung di Pulau Gaya selesai, suspek didakwa bunuh https://sabahmedia.com/2026/05/22/kes-mayat-terapung-di-pulau-gaya-selesai-suspek-didakwa-bunuh/ https://sabahmedia.com/2026/05/22/kes-mayat-terapung-di-pulau-gaya-selesai-suspek-didakwa-bunuh/#respond Fri, 22 May 2026 03:33:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97117
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Polis berjaya menyelesaikan kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki tidak dikenali di perairan Kampung Lobong, Pulau Gaya, pada 5 Mei lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, hasil tindakan pantas polis, seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun berjaya dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian mangsa.

Katanya, kejayaan itu hasil operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama IPD Lahad Datu menerusi “Op Kejam/Op Kesan”.

“Suspek utama berjaya ditahan pada 7 Mei lalu ketika menaiki sebuah bas di Terminal Bas Reno Fajar, Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau sebelum mengikat kaki mangsa dan membuangnya ke laut berhampiran rumah suspek,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan berkaitan kehilangan barang milik keluarga suspek.

Beliau berkata, polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui di dasar laut berhampiran lokasi kejadian dan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan.

“PDRM merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi ini serta orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga kes berjaya diselesaikan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/22/kes-mayat-terapung-di-pulau-gaya-selesai-suspek-didakwa-bunuh/feed/ 0 97117
Dua lelaki tempatan ditahan bantu siasatan kes bunuh di Menggatal https://sabahmedia.com/2026/02/13/dua-lelaki-tempatan-ditahan-bantu-siasatan-kes-bunuh-di-menggatal/ https://sabahmedia.com/2026/02/13/dua-lelaki-tempatan-ditahan-bantu-siasatan-kes-bunuh-di-menggatal/#respond Fri, 13 Feb 2026 01:27:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91572
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh susulan penemuan beberapa bahagian anggota tubuh manusia di kawasan tempat pembuangan sampah Pekan Indah Permai, Menggatal, pada Khamis (12 Feb).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kota Kinabalu menjalankan operasi di Kampung Sri Kenangan, Sepanggar kira-kira jam 4.30 petang hari sama.

Menurutnya, hasil maklumat saksi mendapati mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki.

“Susulan itu, pada jam lebih kurang 8.10 malam, seorang lelaki berusia 71 tahun ditahan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II bagi membantu siasatan.

“Seterusnya pada jam lebih kurang 10.30 malam, seorang lagi lelaki berumur 19 tahun turut ditahan di sebuah unit kediaman salah sebuah apartment di Sepanggar kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa barangan termasuk telefon bimbit, pakaian yang dipercayai dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek utama mengaku terlibat dalam kejadian itu dan memaklumkan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Tambah Syed Lot, pihak polis memandang serius kes berkenaan dan memberi jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus serta profesional bagi memastikan keadilan ditegakkan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/13/dua-lelaki-tempatan-ditahan-bantu-siasatan-kes-bunuh-di-menggatal/feed/ 0 91572
Bunuh Rakan Sekelas: Pelajar Kolej Vokasional dipenjara seumur hidup, 12 lagi rakan asrama turut dihukum https://sabahmedia.com/2025/08/28/bunuh-rakan-sekelas-pelajar-kolej-vokasional-dipenjara-seumur-hidup-12-lagi-rakan-asrama-turut-dihukum/ https://sabahmedia.com/2025/08/28/bunuh-rakan-sekelas-pelajar-kolej-vokasional-dipenjara-seumur-hidup-12-lagi-rakan-asrama-turut-dihukum/#respond Thu, 28 Aug 2025 07:49:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80224
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Mahkamah Tinggi Tawau hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu selepas didapati bersalah membunuh rakan asramanya, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, dalam kejadian pada Mac 2024.

Tertuduh yang kini berusia 20 tahun turut dikenakan hukuman 12 sebatan serta penjara 30 tahun bermula dari tarikh tangkapan.

Sementara itu, 12 lagi tertuduh yang bersama-sama didapati bersalah atas pertuduhan sama, masing-masing dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Hakim Datuk Duncan Sikodol pada prosiding penetapan hukuman itu berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas meneliti laporan penilaian akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta mengambil kira faktor umur semua tertuduh yang masih remaja semasa kejadian.

Kesemua 13 tertuduh berusia antara 16 hingga 19 tahun, sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding 22 Ogos lalu, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap semua tertuduh.

Dalam kejadian 21 Mac 2024 itu, mangsa ditemui mati di asrama kolej berkenaan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, antara jam 9 malam hingga 7.38 pagi keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif bersama Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri, manakala tertuduh diwakili barisan peguam termasuk Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Chen Wen Jye, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/28/bunuh-rakan-sekelas-pelajar-kolej-vokasional-dipenjara-seumur-hidup-12-lagi-rakan-asrama-turut-dihukum/feed/ 0 80224
Warga asing didakwa bunuh lelaki tempatan mengaku tidak bersalah https://sabahmedia.com/2025/07/04/warga-asing-didakwa-bunuh-lelaki-tempatan-mengaku-tidak-bersalah/ https://sabahmedia.com/2025/07/04/warga-asing-didakwa-bunuh-lelaki-tempatan-mengaku-tidak-bersalah/#respond Fri, 04 Jul 2025 12:05:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76712
Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang warga asing yang sebelum ini diburu polis berhubung kes pembunuhan warga tempatan di Keningau, didakwa di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Abdul Razak Amri, 40, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu ketika dihadapkan di hadapan hakim Datuk Celestina Steul Galid.

Abdul Razak didakwa membunuh seorang lelaki Mohd Yusof Peyong, 58, di Jalan Lingkudau, Taman Juta, Keningau, antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam pada 19 September 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh diperintahkan untuk terus ditahan reman sehingga kes selesai.

Abdul Razak diwakili peguam Korventt Wheezar E. Jomiji.

LINK BERITA TERDAHULU: https://sabahmedia.com/2024/09/20/polis-keningau-buru-suspek-terlibat-kes-bunuh/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2024/09/20/pemandu-teksi-maut-ditetak-berpunca-tidak-puas-hati-cemburu/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/04/warga-asing-didakwa-bunuh-lelaki-tempatan-mengaku-tidak-bersalah/feed/ 0 76712
Majikan bunuh amah: Bekas suami isteri dipenjara 34 tahun, lelaki terima 12 sebatan https://sabahmedia.com/2025/06/20/majikan-bunuh-amah-bekas-suami-isteri-dipenjara-34-tahun-lelaki-terima-12-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/20/majikan-bunuh-amah-bekas-suami-isteri-dipenjara-34-tahun-lelaki-terima-12-sebatan/#respond Fri, 20 Jun 2025 08:29:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75878
Read Time:3 Minute, 4 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Sepasang bekas suami isteri yang didakwa membunuh pembantu rumah mereka masing masing dijatuhi hukuman penjara 34 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng turut memerintahkan tertuduh pertama, Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, dikenakan 12 sebatan rotan. Sementara itu, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37, dikecualikan daripada hukuman sebatan mandatori atas faktor jantina, mengikut Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah.

Di dalam kandang tertuduh, Ambree kelihatan tenang, manakala bekas isterinya, Etiqah, dilihat menutup wajah dan menundukkan kepala dalam keadaan sedih.

Ambree, seorang kontraktor, dan Etiqah, bekas finalis program realiti masakan, didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, antara 8 hingga 11 Disember 2021 di sebuah kondominium di Penampang.

Mereka disabitkan bersalah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dihukum sebatan tidak kurang 12 kali.

Lim menyatakan pihak pendakwaan telah membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah, manakala pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap pertuduhan.

Lim antara lain berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan secara jelas elemen elemen penting termasuklah mangsa mati akibat kecederaan; kecederaan tersebut dilakukan oleh tertuduh dengan niat mengikut Seksyen 300(c) Kanun Keseksaan; dan mereka bertindak dengan niat bersama.

Dalam menjatuhkan hukuman, mahkamah menegaskan bahawa, walaupun kedua dua peguam bela mengemukakan rayuan secara bersungguh-sungguh, mahkamah tidak boleh mengabaikan kekejaman yang dialami mangsa di tangan kedua dua tertuduh seperti yang telah dihujahkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah turut mengambil kira jenis kecederaan dan cara ia dilakukan dalam tempoh masa yang panjang.

Terdahulu, walaupun Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 telah berkuat kuasa, Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus memohon agar mahkamah tetap menjatuhkan hukuman mati.

Beliau berhujah bahawa kes itu mengejutkan bukan sahaja rakyat Sabah tetapi seluruh negara, justeru perlu dikenakan hukuman paling berat.

“Si mati adalah seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halamannya untuk bekerja secara jujur dan mencari rezeki semasa pandemik global. Ketika orang lain berlindung di rumah demi keselamatan, si mati pula mengalami penderitaan yang berpanjangan di tempat kerjanya, yang akhirnya menjadi lokasi kematian tragisnya,” katanya.

Tambahnya, tertuduh, sebagai majikan, sepatutnya menyediakan tempat tinggal, makanan dan perlindungan. Sebaliknya, si mati telah diseksa setiap hari, dinafikan hak asasi dan akhirnya diragut nyawanya.

Dacia berkata bukti keterangan di mahkamah menunjukkan video dan imej yang diperoleh daripada telefon bimbit tertuduh merupakan bukti nyata penyeksaan yang dialami si mati. Bukti ini bukan sahaja menyokong berlakunya penderaan, malah menunjukkan niat tertuduh untuk merakam dan menyimpan penderitaan mangsa.

Dacia juga menekankan keadaan mayat si mati sangat teruk sehingga suaminya sendiri hanya dapat mengenal pasti mayat itu melalui gelang yang dipakai di pergelangan tangan.

“Ini bukan pembunuhan akibat kemarahan atau provokasi. Ini adalah penderaan berpanjangan yang kejam dan disengajakan. Kecederaan yang dialami oleh si mati tidak berlaku sekaligus, tetapi dalam satu siri penyeksaan yang berterusan, yang jelas menunjukkan niat tertuduh untuk menyebabkan kematian.”

“Kami berhujah bahawa hukuman yang adil dan setimpal dalam kes ini ialah hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Undang-undang mesti mencerminkan nilai yang kita letakkan pada nyawa manusia dan dalam kes ini, keadilan menuntut hukuman paling berat,” katanya.

Namun, Dacia berkata, sekiranya mahkamah tidak cenderung menjatuhkan hukuman mati, ‘trend’ semasa bagi kes kematian akibat penderaan berpanjangan ialah penjara 40 tahun dan 12 sebatan.
Ambree diwakili Datuk Ram Singh, manakala Etiqah diwakili Datuk Seri Rakhbir Singh.

Kedua-dua tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan, diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara serta-merta bermula hari ini, iaitu pada tarikh sabitan.

Kes ini dibawa ke mahkamah buat pertama kali pada 29 Disember 2021 dan pasangan itu mengaku tidak bersalah serta memohon untuk dibicarakan pada 17 November 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/20/majikan-bunuh-amah-bekas-suami-isteri-dipenjara-34-tahun-lelaki-terima-12-sebatan/feed/ 0 75878
Bunuh rakan ketika minum: Hukuman mati bekas anggota rela diganti penjara dan sebatan https://sabahmedia.com/2025/06/18/bunuh-rakan-ketika-minum-hukuman-mati-bekas-anggota-rela-diganti-penjara-dan-sebatan/ https://sabahmedia.com/2025/06/18/bunuh-rakan-ketika-minum-hukuman-mati-bekas-anggota-rela-diganti-penjara-dan-sebatan/#respond Wed, 18 Jun 2025 13:00:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75805
Read Time:52 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang bekas anggota Rela terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan di sini menggantikan hukuman itu dengan penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan atas kesalahan membunuh rakannya semasa sesi minum minuman keras di Kudat beberapa tahun lalu.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Dato’ Azman Abdullah, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Noorin Badaruddin sebulat suara mengekalkan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap perayu, Donny @ Mohd Nazmie Musanna, 45.

Mahkamah bagaimanapun memutuskan untuk menggantikan hukuman mati selepas mengambil kira hukuman alternatif di bawah Akta 846, iaitu Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan, iaitu pada 27 Mac 2019.

Pada 7 Disember 2022, Mahkamah Tinggi di sini telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Donny selepas didapati bersalah membunuh Ampukir Aladau, 64, di kawasan Tamu Tomborungus, Kudat, pada 26 Mac 2019.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Perayu diwakili oleh peguam Amli Nohin, manakala Timbalan Pendakwa Raya Shamala Jaganathan bertindak bagi pihak responden.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/18/bunuh-rakan-ketika-minum-hukuman-mati-bekas-anggota-rela-diganti-penjara-dan-sebatan/feed/ 0 75805
Suami didakwa bunuh isteri mengaku tidak bersalah, perbicaraan Julai ini https://sabahmedia.com/2025/05/08/suami-didakwa-bunuh-isteri-mengaku-tidak-bersalah-perbicaraan-julai-ini/ https://sabahmedia.com/2025/05/08/suami-didakwa-bunuh-isteri-mengaku-tidak-bersalah-perbicaraan-julai-ini/#respond Thu, 08 May 2025 12:17:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73443
Read Time:52 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh isterinya tiga tahun lalu.

Nul Sadam Jemsi, 33, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Datuk Celestina Stuel Galid.

Tertuduh didakwa membunuh seorang wanita bernama Nasfidah Japarah, 22, pada 22 Mac 2022, antara jam 10 malam hingga 11.45 malam, di sebuah bilik sewa tidak bernombor di Segama, dalam daerah Kota Kinabalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun. Jika tidak dihukum mati, tertuduh hendaklah diseksa dengan tidak kurang daripada 12 sebatan, sekiranya sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 – 25 Julai dan 28 Julai – 1 Ogos tahun ini sebagai tarikh perbicaraan.

Tertuduh diwakili oleh peguam Jamadi Saleh.

Nul Sadam sebelum ini didakwa di Mahkamah Majistret pada 5 April 2022, namun tiada pengakuan direkodkan ketika itu.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa cemburu dipercayai menjadi punca pertengkaran pasangan tersebut, menyebabkan tertuduh naik marah sebelum mengambil pisau dari dapur dan menyerang isterinya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/08/suami-didakwa-bunuh-isteri-mengaku-tidak-bersalah-perbicaraan-julai-ini/feed/ 0 73443
Tarikh keputusan kes bunuh pembantu rumah dijadual semula https://sabahmedia.com/2025/04/11/tarikh-keputusan-kes-bunuh-pembantu-rumah-dijadual-semula/ https://sabahmedia.com/2025/04/11/tarikh-keputusan-kes-bunuh-pembantu-rumah-dijadual-semula/#respond Fri, 11 Apr 2025 11:53:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71783
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Keputusan kes bunuh pembantu rumah oleh sepasang suami isteri dijadualkan semula pada 30 April ini.

Peguam bela, Datuk Ram Singh yang mewakili Mohammad Ambree Yunos @ Unos, memaklumkan kepada media bahawa mahkamah telah menetapkan tarikh baharu bagi keputusan tersebut.

Keputusan itu pada asalnya dijadualkan untuk disampaikan pada hari ini (11 April), selepas peringkat pembelaan selesai.

Ambree, 43, dan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 36, didakwa membunuh seorang wanita bernama Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.

Mereka didakwa bersama-sama di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada 17 November 2022.

Perbicaraan kes ini bermula pada 24 Jun 2024, dengan seramai 17 saksi, termasuk dua saksi pembelaan, telah dipanggil memberi keterangan.

Pada 2 Oktober 2024, mahkamah memerintahkan mereka untuk membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam pembelaan mereka, Ambree dan Etiqah masing-masing tampil sebagai saksi tunggal.

Etiqah diwakili peguam Datuk Seri Rakhbir Singh.

Kedua-dua tertuduh masih dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/03/pasangan-dituduh-bunuh-pembantu-rumah-akan-ketahui-hukuman-bulan-depan/

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/11/tarikh-keputusan-kes-bunuh-pembantu-rumah-dijadual-semula/feed/ 0 71783
Pasangan dituduh bunuh pembantu rumah akan ketahui hukuman bulan depan https://sabahmedia.com/2025/03/03/pasangan-dituduh-bunuh-pembantu-rumah-akan-ketahui-hukuman-bulan-depan/ https://sabahmedia.com/2025/03/03/pasangan-dituduh-bunuh-pembantu-rumah-akan-ketahui-hukuman-bulan-depan/#respond Mon, 03 Mar 2025 09:42:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69747
Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J. EVCAHEL JOHN

KOTA KINABALU: Sepasang bekas suami isteri yang didakwa atas kesalahan membunuh pembantu rumah mereka pada tahun 2021 akan mengetahui hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap mereka pada 11 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan tarikh tersebut terhadap Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 40, dan bekas isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 33.

Ambree, seorang kontraktor, dan Etiqah, bekas finalis rancangan realiti memasak, berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan selepas pasangan tersebut didakwa pada 29 Disember 2021.

Pasangan tersebut didakwa pada 29 Disember 2021 dan perbicaraan bermula pada 24 Jun 2024.

Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan.

Pada 2 Oktober 2024, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam pembelaan mereka, Ambree dan Etiqah masing-masing tampil sebagai saksi tunggal.

Ambree diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh, manakala Etiqah diwakili oleh Datuk Seri Rakhbir Singh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/03/pasangan-dituduh-bunuh-pembantu-rumah-akan-ketahui-hukuman-bulan-depan/feed/ 0 69747
Gaduh di pusat hiburan, seorang maut manakala rakan kritikal https://sabahmedia.com/2024/06/16/gaduh-di-pusat-hiburan-seorang-maut-manakala-rakan-kritikal/ https://sabahmedia.com/2024/06/16/gaduh-di-pusat-hiburan-seorang-maut-manakala-rakan-kritikal/#respond Sun, 16 Jun 2024 12:26:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56106
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Seorang maut manakala rakannya kritikal dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa lelaki berusia lingkungan 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) manakala rakannya kritikal dan menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pekerja di pusat hiburan berkenaan, kira-kira jam 2 pagi.

Katanya, bertindak laporan itu, sepasukan polis bergegas dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa terbabit dalam pergaduhan dengan suspek disyaki akibat perselisihan faham.

“Kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke hospital sebelum salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia manakala rakan parah dan kini masih menerima rawatan,” katanya dalam laporan Utusan Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Dataran Deasoka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kasim berkata, pergaduhan itu dipercayai bermula di dalam premis pusat hiburan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan polis mengesan suspek namun belum mengenai pasti mereka.

“Usaha kini dijalankan untuk mengesan seterusnya menangkap suspek yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan,” katanya.

Kedua-dua mangsa adalah awak-awak bot nelayan warga asing yang mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kedua-dua mangsa datang ke pusat hiburan berkenaan untuk berhibur dan pemeriksaan juga mendapati premis pusat hiburan itu sudah beroperasi selama enam bulan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/16/gaduh-di-pusat-hiburan-seorang-maut-manakala-rakan-kritikal/feed/ 0 56106