HomeUtamaPasangan dituduh bunuh pembantu rumah akan ketahui hukuman bulan depan

Pasangan dituduh bunuh pembantu rumah akan ketahui hukuman bulan depan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J. EVCAHEL JOHN

KOTA KINABALU: Sepasang bekas suami isteri yang didakwa atas kesalahan membunuh pembantu rumah mereka pada tahun 2021 akan mengetahui hukuman yang bakal dijatuhkan terhadap mereka pada 11 April ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan tarikh tersebut terhadap Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 40, dan bekas isterinya, Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 33.

Ambree, seorang kontraktor, dan Etiqah, bekas finalis rancangan realiti memasak, berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun, serta sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pasangan itu didakwa membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di sebuah kondominium di Penampang antara 8 hingga 11 Disember 2021.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan selepas pasangan tersebut didakwa pada 29 Disember 2021.

Pasangan tersebut didakwa pada 29 Disember 2021 dan perbicaraan bermula pada 24 Jun 2024.

Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 15 saksi untuk memberi keterangan.

Pada 2 Oktober 2024, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua tertuduh untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam pembelaan mereka, Ambree dan Etiqah masing-masing tampil sebagai saksi tunggal.

Ambree diwakili oleh peguam Datuk Ram Singh, manakala Etiqah diwakili oleh Datuk Seri Rakhbir Singh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Dacia Jane Romanus.

RELATED ARTICLES
Utama

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Pesta Kaamatan Penampang Ahad ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular