Politik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Aug 2026 11:15:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Politik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kemenangan besar PRU16 pastikan suara Sabah lebih kuat di peringkat nasional https://sabahmedia.com/2026/08/16/kemenangan-besar-pru16-pastikan-suara-sabah-lebih-kuat-di-peringkat-nasional/ https://sabahmedia.com/2026/08/16/kemenangan-besar-pru16-pastikan-suara-sabah-lebih-kuat-di-peringkat-nasional/#respond Sun, 16 Aug 2026 11:15:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101719
Read Time:2 Minute, 30 Second

TAWAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 15 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang bagi memastikan suara negeri itu lebih kuat di peringkat nasional.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, kemenangan besar GRS penting bagi membolehkan lebih banyak kepentingan dan keperluan rakyat Sabah diperjuangkan di peringkat Persekutuan.

“Insya-Allah, sasaran kita paling kurang kita dapat 15 kerusi. Jadi, di sini (Tawau), kita ada dua kerusi yang kita akan pertahankan iaitu Parlimen Tawau dan juga Parlimen Kalabakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Wanita GRS Zon 6A Bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di sini, semalam.

Menurut Azizah, sasaran berkenaan memerlukan jentera GRS di semua peringkat terus memperhebatkan gerak kerja bersama rakyat, termasuk di dua kawasan Parlimen berkenaan.

“Hari ini sebahagian daripada jentera Wanita kita hadir di sini dalam pertemuan ini. Kita minta mereka untuk terus bekerja, turun ke padang. Walaupun mereka memang sudah bekerja, kita mahu ia diperhebatkan lagi kerja mereka untuk terus turun ke padang bersama-sama dengan rakyat.

“Kerja bersama rakyat ini bukan semasa kita berhadapan dengan rakyat saja ataupun semasa kempen, tetapi sepanjang masa,” ujarnya.

Menurutnya, kekuatan suara Sabah di Parlimen amat penting bagi memastikan lebih banyak perkara berkaitan pembangunan, kemiskinan, pendidikan dan akses kemudahan dapat terus diperjuangkan.

“Kita mahu memastikan suara Sabah itu kuat di peringkat nasional. Itu yang penting. Inilah perjuangan GRS.

“Ada banyak lagi yang perlu kita perjuangkan untuk Sabah. Kita perlu fikir apakah lagi yang diperlukan oleh negeri kita dan apa yang masih diperlukan oleh rakyat kita di negeri ini,” jelas beliau lagi.

Tambah beliau lagim antara fokus yang perlu terus diberi perhatian ialah usaha mendapatkan lebih banyak peruntukan dan pembangunan, selain memastikan rakyat Sabah dapat menikmati akses kemudahan secara menyeluruh serta keluar daripada kemiskinan.

“Kita mahu lebih banyak peruntukan, banyak pembangunan. Memastikan aksesibiliti dapat kita capai secara menyeluruh dan rakyat kita dapat kita keluarkan daripada kemiskinan.

“Ada banyak perkara lagi seperti pendidikan dan sebagainya. Semua ini kerana kita mahu memajukan rakyat kita di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai calon wanita GRS pada PRU akan datang, Azizah berkata pihaknya tidak menetapkan kuota tertentu, sebaliknya pemilihan akan berdasarkan keupayaan calon untuk menang dan menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Katanya, calon wanita yang berpotensi dan memenuhi kriteria sewajarnya diberikan peluang untuk bertanding.

“Kalau memang kawasan itu layak ada wanita yang berpotensi, berkemampuan untuk menang dan memenuhi kriteria untuk menjadi seorang pemimpin, seorang wakil rakyat, kenapa tidak?

“Jangan menolak calon wanita yang berpotensi. Kalau calon wanita itu ada potensi, maka berilah dia peluang untuk bertanding,” katanya.

Beliau yakin GRS mempunyai ramai pemimpin wanita berkelayakan daripada pelbagai latar belakang yang mampu membawa suara rakyat Sabah secara berkesan di Parlimen.

Azizah berkata, perkara paling penting bagi GRS adalah kemenangan parti bagi memastikan perjuangan Sabah di peringkat nasional dapat diperkukuh.

“Matlamat kita sebagai orang politik ialah kita mesti mahu menang. Untuk memastikan suara Sabah itu kuat di peringkat nasional. Itu yang penting,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/16/kemenangan-besar-pru16-pastikan-suara-sabah-lebih-kuat-di-peringkat-nasional/feed/ 0 101719
KDM bukan parti komponen GRS – Armizan https://sabahmedia.com/2026/08/15/kdm-bukan-parti-komponen-grs-armizan/ https://sabahmedia.com/2026/08/15/kdm-bukan-parti-komponen-grs-armizan/#respond Sat, 15 Aug 2026 12:27:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101654
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bukan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), tegas Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November lalu, KDM melalui ADUN tunggalnya memberikan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Keputusan tersebut menjadikan KDM sebahagian daripada Kerajaan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Armizan berkata, susulan pengumuman Pemangku Presiden KDM, Priscella Peter mengenai menarik sokongan terhadap kerajaan GRS hari ini, beliau berkesempatan menghubungi ADUN Paginatan, Datuk Rusdin Riman, yang juga ADUN tunggal KDM.

Menurut Armizan, Rusdin memaklumkan komitmennya adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya selain memastikan kestabilan kerajaan negeri bagi meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat.

“Beliau juga turut bersama dalam satu acara yang melibatkan ADUN-ADUN kerajaan pagi tadi di Kota Kinabalu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/15/kdm-bukan-parti-komponen-grs-armizan/feed/ 0 101654
Sabah terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan https://sabahmedia.com/2026/08/09/sabah-terus-tuntut-hak-40-peratus-hasil-persekutuan/ https://sabahmedia.com/2026/08/09/sabah-terus-tuntut-hak-40-peratus-hasil-persekutuan/#respond Sun, 09 Aug 2026 14:55:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101318
Read Time:3 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G) dengan Kerajaan Persekutuan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, hak 40 peratus merupakan hak terbesar Sabah dalam MA63 dan termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan saya akan terus menuntut pelaksanaan penuh pembayaran 40 peratus melalui proses rundingan G to G dengan Kerajaan Persekutuan kerana hak 40 peratus merupakan hak terbesar kita dalam MA63, juga seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hak ini mesti ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun UPKO ke-32 dan Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO ke-17 di Dewan Hongkod Koisaan, KDCA, di sini, malam ini.

Hajiji berkata, pendirian Kerajaan Negeri itu akan terus dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan termasuk dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MA63 yang bersidang pada 3 Ogos lalu di Putrajaya dan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ewon Benedick sebagai antara delegasi Kerajaan Negeri.

Katanya, sebanyak 13 tuntutan berkaitan MA63 telah dilaksanakan setakat ini, termasuk kawal selia tenaga, pelesenan dan penangkapan laut dalam, pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah Arahan Perbendaharaan 182, pentadbiran badan kehakiman di Sabah, pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, tenaga buruh serta alam sekitar.

Mengenai tuntutan 40 peratus itu, beliau berkata walaupun ia belum dilaksanakan sepenuhnya termasuk satu rayuan berkaitan oleh Kerajaan Persekutuan di Mahkamah Rayuan, Kerajaan Sabah menerima pelaksanaan secara interim yang dahulunya hanya RM26 juta tetapi kini ditambah kepada RM1.5 bilion bermula tahun ini.

“Kita mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri meningkatkan jumlah bayaran interim ini dan kita akan menggunakan hasil ini untuk membina lebih banyak jalan raya berturap di Sabah, membina jambatan konkrit, menambah baik bekalan air dan elektrik serta agenda-agenda pembangunan dan kebajikan rakyat Sabah seperti pembinaan lebih banyak Rumah SMJ dan Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR).

“Pendek kata, apa yang kita perolehi daripada Kerajaan Persekutuan, akan kita pulangkan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk insentif dan bantuan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri terus memberi fokus besar kepada prestasi kewangan dan peningkatan jumlah kutipan hasil, dengan jumlah kutipan berjaya dikekalkan mencecah RM7 bilion setiap tahun sejak 2022 dan dijangka meningkat sehingga RM8 bilion tahun ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah membangunkan daya tahan ekonomi walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran domestik dan global, sekali gus menjadikan Sabah sebagai destinasi pelaburan yang strategik.

“Pada tahun 2025 sahaja, sebanyak RM7.6 bilion nilai pelaburan dalam sektor pembuatan telah direkodkan, iaitu hampir 208 peratus berbanding pada tahun 2024,” katanya.

Hajiji berkata, kesemua usaha Kerajaan itu bertujuan membina kemakmuran ekonomi rakyat melalui penciptaan peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah serta limpahan aktiviti ekonomi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dengan adanya pelaburan berimpak tinggi di Sabah.

Beliau berkata, melalui kerjasama strategik dengan PETRONAS di bawah Commercial Collaborative Agreement (CCA), Kerajaan Negeri juga berjaya meningkatkan pegangan ekuiti dalam penerokaan dan pembangunan industri minyak dan gas di Sabah, di samping membuka ruang penyertaan lebih banyak syarikat tempatan Sabah dalam pembangunan industri berkenaan.

“Untuk makluman, kita sedang memuktamadkan untuk memperoleh 40 peratus ekuiti dalam projek fasiliti Gas Asli Cecair Terapung (FLNG) di Sabah, di samping 30 peratus lagi pegangan dalam dua lapangan minyak dan gas yang baharu di Pantai Timur. Insya- Allah, perjanjian untuk perkongsian ini akan dimeterai dalam waktu terdekat,” katanya.

Kerajaan Negeri juga akan membangunkan taman-taman perindustrian baharu termasuk di Kota Belud dan Hab Ekonomi Biru di Kudat bagi melonjakkan lagi kadar pelaburan di negeri ini, sekali gus meningkatkan aktiviti rantaian ekonomi domestik.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/09/sabah-terus-tuntut-hak-40-peratus-hasil-persekutuan/feed/ 0 101318
Wanita GRS perkukuh jentera, lantik empat pengerusi unit baharu https://sabahmedia.com/2026/07/22/wanita-grs-perkukuh-jentera-lantik-empat-pengerusi-unit-baharu/ https://sabahmedia.com/2026/07/22/wanita-grs-perkukuh-jentera-lantik-empat-pengerusi-unit-baharu/#respond Tue, 21 Jul 2026 21:36:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100329
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus mengadakan mesyuarat secara berkala di semua peringkat bagi memastikan jentera parti sentiasa tersusun, bersiap siaga dan bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU).

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, berkata mesyuarat yang diadakan secara konsisten bukan sekadar memenuhi keperluan organisasi, malah menjadi platform penting untuk mengukuhkan jentera dan gerakan parti, selain membincangkan perkembangan politik serta isu-isu semasa.

“Politik adalah dinamik. Kita tidak boleh statik atau berada dalam zon selesa. Sebab itu Wanita GRS perlu sentiasa bermesyuarat, menyelaras gerak kerja dan bersedia menghadapi sebarang perubahan landskap politik.

“Setiap pemimpin dan ahli Wanita GRS mesti memahami denyut nadi rakyat serta bertindak pantas dalam mendepani setiap cabaran,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Wanita GRS di Bilik Manukan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, semalam.

Dalam mesyuarat itu, Azizah mengumumkan penubuhan lima unit strategik Wanita GRS dengan beliau sendiri mengetuai Unit Dasar dan Polisi, manakala Datuk Surinam Sadikun (Unit Ekonomi), Simi Linggom (Unit Kesihatan), Datin Atin Belynda Buntot (Unit Penerangan) dan Datin Wong Siow Lee @ Mary Wong (Unit Kebajikan) dilantik sebagai pengerusi unit masing-masing.

Jelas Azizah, setiap unit mempunyai peranan yang jelas dalam merancang dan melaksanakan program berimpak tinggi, di samping memperkukuhkan hubungan parti dengan rakyat melalui pendekatan yang lebih tersusun dan berkesan.

Beliau berkata, kekuatan sesebuah parti bergantung kepada kesediaan jenteranya untuk terus bekerja, turun padang dan mendampingi rakyat secara berterusan, bukan hanya apabila pilihan raya semakin hampir.

“Saya mahu setiap unit dan bahagian Wanita GRS bergerak sebagai satu pasukan yang mantap, berdisiplin dan proaktif. Dengan kesatuan, komitmen serta gerak kerja yang tersusun, saya yakin Wanita GRS akan terus menjadi tonggak penting dalam memperkukuhkan Gabungan Rakyat Sabah serta menyumbang kepada kemenangan parti pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Wanita GRS, Datuk Redonah Bahanda, Glenna Wong Kuen Yin, Norzian Dumit dan Simi Linggom; Setiausaha Wanita GRS, Salmah Sait, Bendahari Wanita GRS, Datin Wong Siow Lee, Penolong Bendahari, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Penerangan, Datin Atin Belynda Buntot; Penolong Ketua Penerangan, Lailawati Ahmad Bahrom @ Julie; serta Ahli Jawatankuasa Wanita GRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/22/wanita-grs-perkukuh-jentera-lantik-empat-pengerusi-unit-baharu/feed/ 0 100329
Abidin Madingkir sertai Gagasan Rakyat, 30 bekas AJK STAR Paginatan ikut jejak https://sabahmedia.com/2026/07/11/abidin-madingkir-sertai-gagasan-rakyat-30-bekas-ajk-star-paginatan-ikut-jejak/ https://sabahmedia.com/2026/07/11/abidin-madingkir-sertai-gagasan-rakyat-30-bekas-ajk-star-paginatan-ikut-jejak/#respond Sat, 11 Jul 2026 04:51:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99673
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Datuk Abidin Madingkir hari ini secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), sekali gus memperkukuh sokongan terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Turut menyertai Gagasan Rakyat ialah 30 bekas Ahli Jawatankuasa Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paginatan.

Borang keahlian Abidin bersama kesemua ahli baharu diserahkan kepada Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun.

Turut mengemukakan borang permohonan menyertai Gagasan Rakyat ialah bekas pegawai kanan Kerajaan Negeri merangkap bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Abidin berkata, lebih 3,000 penduduk di kawasan DUN Paginatan dijangka akan mengikut jejak beliau menyertai Gagasan Rakyat kerana yakin parti itu merupakan wadah terbaik untuk memperkukuh perjuangan parti tempatan di Sabah.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas pertimbangan teliti demi meneruskan perjuangan politik melalui sebuah parti yang mengutamakan kepentingan Sabah dan rakyatnya.

“Gagasan Rakyat membawa aspirasi rakyat Sabah di samping memperkukuhkan kestabilan politik yang menjadi asas kepada pembangunan dan kemajuan negeri,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk memperluaskan pengaruh Gagasan Rakyat di peringkat akar umbi serta bekerjasama rapat dengan kepimpinan parti bagi memastikan agenda pembangunan Sabah terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Turut hadir pada majlis penyerahan borang keahlian itu ialah bekas Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Paginatan, Hisyamuddin Harun; bekas Timbalan Ketua Bahagian STAR Paginatan, Jius Konsuling; bekas Ketua Pemuda STAR Paginatan, Hillary Salmeon; serta Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/11/abidin-madingkir-sertai-gagasan-rakyat-30-bekas-ajk-star-paginatan-ikut-jejak/feed/ 0 99673
Ketua Wiranita STAR Sabah Bingkor umum letak jawatan, keluar parti https://sabahmedia.com/2026/06/28/ketua-wiranita-star-sabah-bingkor-umum-letak-jawatan-keluar-parti/ https://sabahmedia.com/2026/06/28/ketua-wiranita-star-sabah-bingkor-umum-letak-jawatan-keluar-parti/#respond Sun, 28 Jun 2026 03:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99015
Read Time:56 Second

KENINGAU: Ketua Wiranita Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) Bahagian N.40 Bingkor yang juga Naib Exco Wiranita STAR Sabah, Jennifer Epil, mengumumkan peletakan jawatan dan penarikan diri daripada parti, berkuat kuasa serta-merta.

Jennifer berkata, keputusan itu turut disertai sebahagian Ahli Jawatankuasa Wiranita STAR Sabah Bahagian N.40 Bingkor yang sebulat suara memutuskan untuk keluar daripada parti selepas melalui pertimbangan yang teliti.

Menurutnya, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk hala tuju perjuangan parti, aspirasi semasa serta ruang dan peranan wanita dalam landskap politik tempatan yang disifatkan tidak lagi selari dengan prinsip serta pendirian mereka.

Pada masa sama, beliau merakamkan penghargaan kepada kepimpinan STAR Sabah atas kepercayaan, peluang dan pengalaman yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti.

Katanya, pengalaman tersebut banyak membentuk beliau dan rakan-rakan menjadi wanita yang lebih berani, bertanggungjawab serta peka terhadap kepentingan rakyat dan pembangunan Sabah.

Jennifer turut menegaskan bahawa pengundurannya daripada parti tidak bermakna perjuangannya untuk berkhidmat kepada masyarakat telah berakhir.

Sebaliknya, beliau berkata, beliau bersama rakan-rakan akan terus menyumbang kepada rakyat dalam kapasiti yang lebih sesuai, berkesan dan selaras dengan nilai serta prinsip perjuangan yang diyakini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/28/ketua-wiranita-star-sabah-bingkor-umum-letak-jawatan-keluar-parti/feed/ 0 99015
​Isu Dalaman Bocor: Ahmad Samsuri Beri Amaran Tegas, Ingatkan Bersatu Hormat Keputusan PN https://sabahmedia.com/2026/06/25/isu-dalaman-bocor-ahmad-samsuri-beri-amaran-tegas-ingatkan-bersatu-hormat-keputusan-pn/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/isu-dalaman-bocor-ahmad-samsuri-beri-amaran-tegas-ingatkan-bersatu-hormat-keputusan-pn/#respond Thu, 25 Jun 2026 05:45:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98849
Read Time:1 Minute, 27 Second

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) berhadapan pergolakan dalaman menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila Pengerusinya, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar secara terbuka memberi amaran tegas kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar menghormati keputusan konsensus gabungan itu.

​Teguran keras itu menyusul selepas Ahmad Samsuri melahirkan rasa kesal terhadap tindakan membawa perkara dalaman mesyuarat ke ruang awam, dipercayai merujuk kepada kenyataan media daripada Naib Presiden Bersatu, dua hari lalu.

​Ahmad Samsuri menegaskan, PN adalah sebuah gabungan politik yang bergerak berdasarkan Perlembagaan serta disiplin organisasi, dan bukannya sebuah pentas untuk mana-mana parti bertindak sesuka hati.

​”PN tidak boleh dijadikan medan untuk mana-mana parti memilih keputusan yang mahu diterima dan mempertikaikan ketetapan yang tidak selari dengan pendirian mereka,” kata Ahmad Samsuri dalam kenyataan media hari ini.

​Jelas beliau, walaupun setiap parti anggota, termasuk Bersatu, mempunyai ruang sepenuhnya untuk membantah dan mempertahankan pendirian dalam mesyuarat, namun semua pihak wajib patuh apabila ketetapan rasmi telah dicapai.

​”Saya kesal apabila perkara dalaman gabungan dibawa ke ruang awam selepas mesyuarat berakhir,” katanya.

​Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri turut memberi peringatan “tanggungjawab politik” berhubung penggunaan simbol PN dalam PRN Johor.

​Beliau memberikan amaran bahawa penggunaan lambang gabungan itu bukan tiket mudah, sebaliknya datang bersama beban akuntabiliti yang berat.

​”Mana-mana parti yang diberikan amanah bertanding menggunakan simbol PN hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pemilihan calon, gerak kerja pilihan raya, pengurusan kempen serta prestasi kerusi yang ditandingi,” katanya.

​Dalam pada itu, beliau mengesahkan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRN Johor kini telah diselesaikan secara muafakat melalui mekanisme rasmi gabungan, dan beliau sendiri telah menandatangani watikah pelantikan calon-calon yang bertanding.

​Sehubungan itu, beliau menuntut semua parti komponen dan jentera PN menghentikan perbalahan dan memberikan sepenuh tumpuan untuk menawarkan kepimpinan berintegriti demi memenangi hati rakyat Johor.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/isu-dalaman-bocor-ahmad-samsuri-beri-amaran-tegas-ingatkan-bersatu-hormat-keputusan-pn/feed/ 0 98849
Hubungan PH-GRS kekal baik, rundingan kerusi akan dibincang – Mustapha https://sabahmedia.com/2026/06/20/hubungan-ph-grs-kekal-baik-rundingan-kerusi-akan-dibincang-mustapha/ https://sabahmedia.com/2026/06/20/hubungan-ph-grs-kekal-baik-rundingan-kerusi-akan-dibincang-mustapha/#respond Sat, 20 Jun 2026 05:34:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98501
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini berada dalam keadaan baik meskipun pelbagai pandangan mengenai pembahagian kerusi pilihan raya mula dibangkitkan oleh parti-parti politik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi PH Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata, kenyataan berhubung pembahagian jumlah kerusi yang ingin ditandingi merupakan perkara biasa dalam politik.

Beliau berkata, keputusan muktamad hanya akan ditentukan selepas rundingan dan perbincangan antara parti-parti yang terlibat.

“Ya, itu pandangan mereka (GRS), tetapi akhirnya nanti akan ada perbincangan-perbincangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Komuniti Kempen Internet Selamat di Gelanggang Futsal Kampung Darau Laut, di sini, pada Sabtu.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor yang memberi bayangan untuk bertanding di 25 kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

Menurut beliau, setiap parti mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dan aspirasi masing-masing berhubung jumlah kerusi yang mahu ditandingi, selagi keputusan rasmi belum dibuat.

“Selagi belum diputuskan, saya fikir masing-masing boleh mengutarakan pandangan masing-masinglah berapa kerusi yang mereka mahu bertanding.

“Setakat ini alhamdulillah (kerjasama) berjalan baik dan kita juga sebenarnya sebahagian daripada kerajaan negeri. Jadi hubungan itu amat baik,” katanya.

Beliau berkata, kedudukan PH sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri Sabah membolehkan hubungan kerja antara pemimpin dan parti dalam kerajaan terus diperkukuhkan demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Bagaimanapun, Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) menegaskan bahawa pendekatan yang lebih realistik perlu diambil berdasarkan landskap politik semasa di Sabah yang semakin kompleks dan memerlukan kerjasama antara pelbagai parti.

“Namun akhirnya kita kena praktikal juga di Sabah ini, terutamanya bahawa zaman sekarang ini untuk satu-satu parti memonopoli sesuatu Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah tidak realistik,” katanya.

Beliau berkata, faktor tersebut menjadikan kerjasama politik antara parti-parti di peringkat negeri dan Persekutuan sebagai satu keperluan bagi memastikan kestabilan politik dan pentadbiran dapat dikekalkan.

“Jadi perlu ada kerjasama, terutama melibatkan Persekutuan dan juga negeri. Jadi itu biasa. Kita lihatlah perkembangan nanti macam mana,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/20/hubungan-ph-grs-kekal-baik-rundingan-kerusi-akan-dibincang-mustapha/feed/ 0 98501
PH-BN Perlu Belajar daripada Formula Politik GRS di Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/16/ph-bn-perlu-belajar-daripada-formula-politik-grs-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/16/ph-bn-perlu-belajar-daripada-formula-politik-grs-di-sabah/#respond Tue, 16 Jun 2026 06:24:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98305
Read Time:3 Minute, 31 Second

Jika ada satu pengajaran besar daripada perkembangan politik Sabah, ia adalah hakikat bahawa sesebuah gabungan tidak semestinya perlu menguasai semua ruang politik untuk membentuk kerajaan yang stabil. Sebaliknya, gabungan yang berjaya ialah yang memahami realiti pengundi dan mampu bekerjasama selepas pilihan raya.

GRS telah membuktikan pendekatan ini di Sabah. Walaupun berlaku pertandingan sesama rakan yang mempunyai hubungan baik malah berseteru dengan BN namun mereka tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan berpanjangan. Sebaliknya, tumpuan diberikan kepada pembentukan kerajaan yang stabil selepas keputusan diumumkan.
Pengundi Cina mencari “OPTION”

Satu lagi pengajaran besar ialah kekalahan menyeluruh DAP di Sabah. Pengundi Cina di negeri itu memilih alternatif lain iaitu Parti Warisan sekali gus menunjukkan bahawa sebahagian pengundi mahukan lebih banyak pilihan politik dan tidak mahu bergantung kepada satu parti sahaja sebagai wakil mereka. Warisan berjaya memancing cina Sabah dengan janji-janji manis kononnya Sabah punya menteri kewangan Sabah berbangsa cina jika Warisan menang PRN Sabah.

Perkembangan di Sabah turut memberi kesan kepada naratif politik di Sarawak. Di sana, kemenangan gabungan tempatan dan kelemahan DAP sering dijadikan hujah bahawa politik tempatan tanpa dominasi DAP lebih mudah diterima oleh pengundi. Lihat di Sabah kata merekq ‘No DAP Sabah aman’.

Bagaimana dengan semenanjung?

Namun persoalan yang timbul ialah sama ada trend ini akan merebak ke Semenanjung. Adakah pengundi Cina akan terus setia kepada DAP atau mula mencari alternatif baharu? Kemunculan parti-parti baharu seperti Parti Bersama yang dikaitkan dengan Datuk Seri Rafizi Ramli mungkin memberikan satu lagi pilihan kepada segmen pengundi tertentu. Namun, sejauh mana ia mampu mengubah landskap politik masih belum dapat dipastikan. PH DAP dan BN jangan memandang rendah keupayaan parti baharu Rafizi dan Nik Nazmi ini.

Dalam masa yang sama, cabaran PH di Semenanjung mungkin bukan terletak kepada kepimpinan Perdana Menteri semata-mata, tetapi kepada persepsi terhadap parti-parti komponennya. PMX tiada masalah kerana terbukymti ekonomi semakin baik bawah PMX begitu juga kerjasama serantau dan global.

Apa yang membimbangkan DAP masih menjadi sasaran utama serangan politik daripada pihak lawan, khususnya dalam usaha menggambarkan kerjasama PH-DAP-BN sebagai sesuatu yang sukar diterima oleh sebahagian pengundi Melayu.

Sentimen ini terus dimainkan oleh PN bagi melemahkan Kerajaan MADANI. Selagi isu tersebut menjadi tumpuan utama perdebatan politik, PH berdepan cabaran untuk memperluaskan sokongan dalam kalangan pengundi Melayu tanpa kehilangan sokongan tradisinya.

Dalam konteks ini, Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan sepatutnya menjadi medan untuk PH dan BN mencari formula kerjasama yang lebih berkesan. Namun, realiti politik tempatan dan kepentingan parti masing-masing menjadikan kerjasama pilihan raya secara formal sesuatu yang sukar dicapai.

Justeru, apakah jalan keluarnya?

Jawapannya mungkin boleh dipelajari daripada pengalaman Sabah. Parti-parti yang mempunyai hubungan baik tidak semestinya perlu mengelakkan pertandingan sesama sendiri. Mereka boleh bertanding secara sihat, mengurangkan serangan peribadi dan kempen yang merosakkan hubungan jangka panjang, sambil mengekalkan fokus terhadap cabaran politik yang lebih besar.

Dalam konteks politik nasional, pendekatan sedemikian mungkin membolehkan PH dan BN mengekalkan identiti masing-masing tanpa merosakkan peluang kerjasama selepas pilihan raya. Pada masa yang sama, tumpuan boleh diberikan kepada persaingan idea dan dasar dengan blok lawan, khususnya PN, berbanding menghabiskan terlalu banyak tenaga menyerang sesama sendiri.

Pengajaran terbesar daripada Sabah ialah politik moden tidak semestinya mengenai siapa yang menang semua kerusi, tetapi siapa yang mampu membina persefahaman selepas rakyat membuat pilihan. Kestabilan politik, penghormatan terhadap kehendak pengundi dan kesediaan untuk bekerjasama mungkin menjadi formula yang lebih berkesan daripada persaingan tanpa penghujung.

Apa pun angka dan unjuran politik yang dikemukakan, persoalan sebenar bukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 peratus atau 80 peratus peluang untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Medan penentuan yang lebih penting ialah Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan yang bakal menjadi cerminan awal sentimen rakyat menjelang PRU16 serta ukuran terhadap prestasi Kerajaan MADANI.

Realitinya, landskap politik Malaysia hari ini tidak lagi membolehkan mana-mana parti atau gabungan menguasai kerajaan dengan majoriti besar secara bersendirian. Formula kemenangan masa depan ialah kerjasama, persefahaman dan keupayaan menawan hati rakyat.

Justeru, PH dan BN tidak seharusnya terlalu terikat dengan kritikan atau serangan politik terhadap Perdana Menteri, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki dasar, memenuhi harapan rakyat dan memperkukuh keyakinan pengundi. Jika sokongan rakyat dapat dipulihkan, soal siapa menjadi Perdana Menteri akan ditentukan oleh mandat yang lahir daripada kepercayaan rakyat sendiri, bukannya oleh ramalan atau persepsi politik semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/16/ph-bn-perlu-belajar-daripada-formula-politik-grs-di-sabah/feed/ 0 98305
Henti Salahkan PMX Dalam Pergolakan Politik Dalaman Pembangkang Ketika Ini https://sabahmedia.com/2026/06/14/henti-salahkan-pmx-dalam-pergolakan-politik-dalaman-pembangkang-ketika-ini/ https://sabahmedia.com/2026/06/14/henti-salahkan-pmx-dalam-pergolakan-politik-dalaman-pembangkang-ketika-ini/#respond Sat, 13 Jun 2026 23:20:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98303
Read Time:1 Minute, 14 Second

​KUALA LUMPUR: Pembangkang digesa berhenti menuding jari dan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berhubung pergolakan dalaman yang sedang melanda gabungan politik mereka ketika ini.

​Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Kamil Munim berkata, krisis yang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN) sebenarnya berpunca daripada kelemahan kepimpinan mereka sendiri dan bukannya disebabkan oleh pihak luar yang tidak berkaitan.

​Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri menyifatkan tindakan mengaitkan Anwar dengan masalah dalaman pembangkang, termasuk isu perebutan kerusi seperti yang dibangkitkan oleh Datuk Marzuki Yahya, sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan gila.

​”Orang lain yang rakus mencatur, bermain politik, mewujudkan ketidakstabilan, tikam menikam, Langkah Dubai, Langkah Bangkok, langkah sumbang, akhirnya Anwar juga yang dipersalahkan.

“Marzuki sendiri menyebut tentang pergolakan dalaman pembangkang yang berpunca daripada isu perebutan kerusi, kenapa Anwar pula yang bertanggungjawab? Gila,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Khamis.

​Mohd Kamil menegaskan bahawa PN serta Muafakat Nasional (MN) terbukti sebagai pakatan politik yang gagal kerana tidak mempunyai pelan ekonomi yang jelas mahupun agenda pembangunan yang kukuh untuk negara.

Sebaliknya, beliau mendakwa gabungan berkenaan hanya tahu menunggang seputar isu kaum dan agama yang sempit.

​Mengulas lanjut, beliau menjelaskan bahawa berbeza dengan pihak lawan, Perdana Menteri kini sedang memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pengurusan negara selepas baru sahaja pulang daripada lawatan kerja di Tokyo.

​Tambahnya, Anwar ketika ini sangat sibuk mengurus tadbir negara bagi memastikan ekonomi kekal kukuh dan berdaya tahan, berbanding pihak lain yang hanya sibuk dengan percaturan politik ‘tebuk kapal’ dan ‘tebuk atap’.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/14/henti-salahkan-pmx-dalam-pergolakan-politik-dalaman-pembangkang-ketika-ini/feed/ 0 98303