HomePolitikMohd Taib Tinggalkan Warisan, Sertai Gagasan Rakyat Bersama Beberapa Pemimpin Parti

Mohd Taib Tinggalkan Warisan, Sertai Gagasan Rakyat Bersama Beberapa Pemimpin Parti

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA BELUD: Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Mohd Taib Isai mengumumkan keluar parti bersama beberapa pimpinan dan ahli Warisan dari pelbagai peringkat selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan tertinggi parti.

Mohd Taib yang juga Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai perkembangan politik semasa serta kegagalan kepimpinan parti menyatukan kekuatan politik Sabah demi kepentingan rakyat dan negeri.

Menurutnya, ramai pemimpin akar umbi semakin kecewa kerana suara mereka tidak lagi diberi perhatian, selain parti itu dilihat semakin jauh daripada aspirasi rakyat Sabah.

“Saya percaya kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah berjaya mewujudkan kestabilan politik serta menyatukan pelbagai pemimpin dan parti tempatan di bawah satu agenda yang jelas untuk membangunkan Sabah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohd Taib berkata, pendekatan inklusif dan sederhana yang dibawa Hajiji memberi keyakinan bahawa masa depan Sabah lebih terjamin di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sehubungan itu, beliau bersama beberapa pemimpin lain mengambil keputusan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah dan menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Hajiji dalam meneruskan agenda pembangunan negeri.

Beliau turut mendakwa gelombang sokongan terhadap Gagasan Rakyat dan GRS akan terus meningkat, termasuk kemungkinan lebih ramai pimpinan serta ahli Warisan di pelbagai peringkat mengambil langkah sama dalam masa terdekat.

Antara pemimpin Warisan yang turut meninggalkan parti ialah Ketua Wanita Warisan Kudat merangkap Exco Wanita Pusat, Datin Roziah; Ketua Wanita Warisan Kota Marudu merangkap Exco Wanita Pusat, Maini Tapah; dan Ketua Wanita Warisan Sandakan merangkap Exco Wanita Pusat, Masilah Lidah.

Turut disenaraikan ialah mantan Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, Datuk Hanjan Samit; mantan Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, Andrew Lintangah; Penyelaras DUN Tanjung Kapor Kudat, Datuk Arif Abdullah; serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian, ketua PDM dan pemimpin akar umbi.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga lelaki didenda RM2,000 miliki ikan tangkap guna bahan letupan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular