Edar dadah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Sep 2026 05:59:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Edar dadah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Polis Sabah, AKPS patahkan tiga cubaan edar dadah, rampasan bernilai lebih RM6 juta https://sabahmedia.com/2026/09/01/polis-sabah-akps-patahkan-tiga-cubaan-edar-dadah-rampasan-bernilai-lebih-rm6-juta/ https://sabahmedia.com/2026/09/01/polis-sabah-akps-patahkan-tiga-cubaan-edar-dadah-rampasan-bernilai-lebih-rm6-juta/#respond Tue, 01 Sep 2026 05:44:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102615
Read Time:2 Minute, 18 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah berjaya mematahkan tiga kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah menerusi operasi berasingan di Papar dan Penampang serta kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Kudat, dengan keseluruhan rampasan bernilai lebih RM6 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, dalam operasi pertama pada 19 Ogos lalu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Papar menahan seorang lelaki di kawasan penempatan Kinarut dan merampas 603 gram syabu.

Beliau berkata, serbuan susulan ke atas sebuah kenderaan di kawasan sama membawa kepada penahanan dua wanita serta rampasan kira-kira 1.02 kilogram syabu.

“Jumlah keseluruhan syabu yang dirampas dalam operasi itu ialah kira-kira 1.62 kilogram bernilai RM81,200.

“Kesemua suspek berusia antara 35 hingga 42 tahun dan jumlah dadah yang dirampas itu dianggarkan boleh digunakan kira-kira 2,900 orang bagi sekali penggunaan,” katanya pada sidang media di sin, hari ini.

Bagi kes kedua pada 20 Ogos, PDRM dengan kerjasama AKPS menahan dua lelaki tempatan di Kudat selepas pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan menemukan ganja seberat kira-kira 44.3 kilogram bernilai sekitar RM3.5 juta.

Jauteh (kiri) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah yang Asisten Komisioner Polis Alhusin Halil (kanan) serta pegawai lain menunjukkan rampasan bunga ganja dan ganja pada sidang media di sini, hari ini.

Jauteh berkata, siasatan mendapati dadah berkenaan dipercayai dibawa dari Kelantan ke Sabah menggunakan kargo udara dan dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

“Ganja ini terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bunga ganja yang merupakan bahagian paling bernilai dan ganja biasa.

“Berdasarkan rekod, salah seorang lelaki yang ditahan positif syabu, selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah serta pernah dikenakan tahanan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK),” katanya.

Sementara itu, dalam kes ketiga pada 25 Ogos di Bundusan, Penampang, polis menahan dua lelaki tempatan berusia antara 45 hingga 46 tahun selepas mengesan aktiviti pemindahan bungkusan disyaki dadah antara beberapa kenderaan.

Menurut Jauteh, risikan mendapati sebuah Perodua Bezza digunakan untuk memindahkan bungkusan dari sebuah Toyota Vios, manakala sebuah Perodua Ativa turut berada di lokasi.

“Hasil pemeriksaan menemukan 22 bungkusan dalam Perodua Bezza dan 28 bungkusan lagi dalam Toyota Vios.

“Keseluruhan rampasan syabu itu dianggarkan bernilai RM2.5 juta dan dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jauteh berkata, Sabah dipercayai menjadi antara laluan transit bagi kegiatan penyeludupan dadah ke negara jiran berikutan
kedudukannya yang strategik.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerjasama antara PDRM, AKPS dan semua agensi yang terlibat di pintu masuk negeri perlu terus diperkukuhkan bagi membanteras kemasukan dadah ke Sabah.

“Kita berharap kerjasama ini bukan sahaja daripada AKPS tetapi semua jabatan yang berkaitan dengan mana-mana pintu masuk di negeri Sabah.

“Apabila barang-barang ini masuk ke Sabah, agak sukar untuk kita mengesan semula pergerakannya. Sebab itu kerjasama ini perlu dipertingkatkan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/01/polis-sabah-akps-patahkan-tiga-cubaan-edar-dadah-rampasan-bernilai-lebih-rm6-juta/feed/ 0 102615
Warga asing didakwa edar dadah https://sabahmedia.com/2025/11/05/warga-asing-didakwa-edar-dadah/ https://sabahmedia.com/2025/11/05/warga-asing-didakwa-edar-dadah/#respond Wed, 05 Nov 2025 11:22:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85035
Read Time:41 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengedar 1,014 gram dadah jenis syabu (Methamphetamine).

Arizan Raidi, 42, didakwa melakukan kesalahan itu pada 20 Oktober lalu, kira-kira jam 11.30 pagi di kawasan tempat letak kereta teksi berhampiran pondok di hadapan Promenade Hotel, di sini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tampil di hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup (30 tahun) dan, jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah disebat tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 12 Januari 2026 untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh ditahan reman lanjut.

Inspektor Yusdi Basri mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/05/warga-asing-didakwa-edar-dadah/feed/ 0 85035
Dua lelaki tempatan didakwa edar dadah 63.5kg https://sabahmedia.com/2025/03/12/dua-lelaki-tempatan-didakwa-edar-dadah-63-5kg/ https://sabahmedia.com/2025/03/12/dua-lelaki-tempatan-didakwa-edar-dadah-63-5kg/#respond Wed, 12 Mar 2025 11:48:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70264
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Dua lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar 63.5 kilogram dadah bernilai RM3 juta.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Sifihi Yusof, 33, dan Sydzreel Fahmy Shamsury, 30, ketika mereka dihadapkan ke hadapan Majistret Marilyn Kelvin.

Mereka didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 63,547.04 gram pada 27 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di kawasan tempat letak kereta aras bawah pusat membeli-belah ITCC, Penampang.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup, dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, mereka dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Kedua-dua tertuduh diwakili oleh peguam Lim Chun Yuan, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.

Sebelum ini, Sabah Media melaporkan bahawa polis Sabah berjaya menumpaskan satu sindiket dadah dengan merampas syabu seberat 63.55 kilogram, dianggarkan bernilai RM3 juta, dalam satu operasi di daerah Penampang pada 27 Februari lalu.

LINK BERITA TERDAHULU:

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/12/dua-lelaki-tempatan-didakwa-edar-dadah-63-5kg/feed/ 0 70264