menara kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 25 Feb 2025 12:49:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png menara kinabalu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertuduhan berhubung kes perhimpunan tanpa notis di hadapan Menara Kinabalu tidak diteruskan – Jabatan Peguam Negara https://sabahmedia.com/2025/02/25/pertuduhan-berhubung-kes-perhimpunan-tanpa-notis-di-hadapan-menara-kinabalu-tidak-diteruskan-jabatan-peguam-negara/ https://sabahmedia.com/2025/02/25/pertuduhan-berhubung-kes-perhimpunan-tanpa-notis-di-hadapan-menara-kinabalu-tidak-diteruskan-jabatan-peguam-negara/#respond Tue, 25 Feb 2025 12:40:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69358
Read Time:1 Minute, 8 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pertuduhan dan memberhentikan prosiding terhadap individu yang terlibat dalam kes perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu hujung tahun lepas.

“Susulan daripada laporan media berkait kes perhimpunan tanpa notis kebenaran di hadapan Menara Kinabalu, Likas, Kota Kinabalu yang diadakan pada 31 Disember 2024, Jabatan ini, setelah membuat pertimbangan yang teliti, memutuskan untuk tidak meneruskan dengan pertuduhan dan memberhentikan prosiding ke atas individu-individu yang terlibat selaras dengan seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah,” menurut kenyataan rasmi itu hari ini.

Perhimpunan yang berlangsung di hadapan Menara Kinabalu itu sebelum ini mendapat perhatian umum.

Sabah Media melaporkan pada 31 Disember 2024 sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah hadir di hadapan Menara Kinabalu bagi menyuarakan pendirian mereka terhadap skandal rasuah dan salah guna kuasa yang didakwa berlaku di negeri ini.

Manakala kira -kira 1,500 orang terdiri dari beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) hadir pada Himpunan Bangkit Sabahan yang berlangsung di taman berhampiran Anjung Selera Likas di pada hari sama.

LINK: https://sabahmedia.com/2024/12/31/1500-orang-hadir-himpunan-bangkit-sabahan/
LINK: https://sabahmedia.com/2024/12/31/langsung-2-himpunan-sabah-rakyat-sabah/
]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/25/pertuduhan-berhubung-kes-perhimpunan-tanpa-notis-di-hadapan-menara-kinabalu-tidak-diteruskan-jabatan-peguam-negara/feed/ 0 69358
MUTIARA GRS Turut Berperanan Membantu Kebajikan Rakyat https://sabahmedia.com/2021/11/29/mutiara-grs-turut-berperanan-membantu-kebajikan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/mutiara-grs-turut-berperanan-membantu-kebajikan-rakyat/#respond Mon, 29 Nov 2021 10:17:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9053
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS), di Pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Rombongan MUTIARA GRS itu diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datin Seri Juliah Salag, yang juga isteri Ketua Menteri.

Yang turut hadir ialah Naib Yang Dipertua I, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin; Naib Yang Dipertua II, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan dan Naib Yang Dipertua III merangkap Pengerusi Biro Kebajikan, Datin Linda Ewit.

Dalam kunjungan hormat itu, Ketua Menteri meminta semua ahli MUTIARA GRS turut membantu khususnya dalam aspek kebajikan rakyat di negeri ini.

“Sebagai Isteri kepada wakil rakyat di negeri ini, semua memainkan peranan untuk membantu penduduk di kawasan masing-masing sama ada dalam aspek kebajikan atau ketika ditimpa bencana,” katanya.

Sementara itu, Juliah berkata antara tujuan kunjungan hormat ialah untuk memperkenalkan ahli jawatankuasa MUTIARA GRS kepada Ketua Menteri selain memaklumkan mengenai aktiviti pertubuhan berkenaan.

“Kami juga berbesar hati melantik Ketua Menteri sebagai penasihat MUTIARA GRS,” katanya.

Ahli jawatankuasa MUTIARA GRS yang turut hadir ialah Setiausaha Kehormat, Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd Saufi; Bendahari Kehornat, Datin Malianah Ugau; Penolong Setiausaha Kehormat, Datin Maria C Omamalin-Angin: Penolong Bendahari Kehormat, Datin Wahidah Mardiana Norsalim; Pengerusi Biro Rumah, Datin Florence Malangkig; Pengerusi Biro Pendidikan, Datin Salina Mohd Usman; Pengerusi Biro Agama, Datin Lenny Natasha Tan Sri Musa; Pengerusi Biro Lawatan, Datin Halida Bahad dan Pengerusi Biro Pelita dan Seranta, Datin Faridah Mohd Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/mutiara-grs-turut-berperanan-membantu-kebajikan-rakyat/feed/ 0 9053