HomeUtama1,500 orang hadir Himpunan Bangkit Sabahan

1,500 orang hadir Himpunan Bangkit Sabahan

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Kira-kira 1,500 orang terdiri dari beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) hadir pada Himpunan Bangkit Sabahan yang berlangsung di taman berhampiran Anjung Selera Likas di sini petang tadi.

Himpunan yang berlangsung selama hampir sejam bermula jam 2 petang itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku.

Sejurus selepas itu, himpunan diteruskan dengan beberapa ucapan yang diketuai Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) Datuk Zulkarnain Mahdar serta beberapa aktivis lain termasuk wakil dari pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Zulkarnain ketika ditemui berkata, himpunan yang sepatutnya melibatkan 30,000 orang yang hadir namun terpaksa dihadkan kepada 1,500 orang sahaja atas faktor permit tidak diluluskan.

“Hari ini kami telah berhimpun dalam satu perhimpunan yang dipanggil Bangkit Sabahan. Saya dan beberapa individu selaku majlis penasihat kepada penganjur ingin meluahkan rasa kurang senang kami terhadap penganjuran yang dibuat oleh yang mendakwa diri mereka sebagai mahasiswa UMS. 

“Sebaliknya apa yang kita tengok perhimpunan ini sebenarnya didalangi oleh parti pembangkang di Sabah. Kita boleh nampak secara jelas. Kemudian kita nampaklah yang kebanyakan datang itu ahli-ahli mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, perhimpunan ‘Aman Gempur Rasuah Sabah’ dipercayai didalangi dan dibiayai oleh dua parti yang didakwa berpusat di Semenanjung dan juga Sabah. 

“Mereka ini sebenarnya didalangi dan dibayai oleh dua parti yang berpusat di Semenanjung dan satu lagi berpusat di Sabah.

“Tujuan utama dia itu sudah tentulah untuk menggulingkan kerajaan ini, sama ada cepat atau lambat, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Sabah ini adalah sasaran mereka dan kita ada bukti dan kita telah buat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Seri Petaling,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menepis tuntutan dari perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah yang mendesak Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Datuk Seri Musa Aman untuk meletak jawatan tanpa alasan yang kukuh. 

“Apa bukti yang menunjukkan kedua-dua tokoh ini telah disabitkan bersalah di mahkamah sehingga mereka dipaksa untuk meletak jawatan. 

“Jadi kami pun mula tertanya-tanya kerana daripada rekod memang tidak pernah pun kedua-dua pemimpin ini dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah. Jadi atas alasan apa mereka didesak untuk meletak jawatan. 

“Itu yang kita tampil hari ini bagi menyatakan rasa kurang senang penganjur kepada mereka. Sebenarnya mereka ini telah digunakan, mereka ini telah dibodohkan oleh orang-orang politik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cederakan ‘kekasih gelap’, dua wanita dikenakan PKW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular