Penampang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 25 Jun 2026 05:11:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penampang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Enam lelaki ditahan dalam Ops Tapis, polis rampas dadah di Penampang https://sabahmedia.com/2026/06/25/enam-lelaki-ditahan-dalam-ops-tapis-polis-rampas-dadah-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/enam-lelaki-ditahan-dalam-ops-tapis-polis-rampas-dadah-di-penampang/#respond Thu, 25 Jun 2026 05:11:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98843
Read Time:1 Minute, 43 Second

PENAMPANG: Enam lelaki tempatan ditahan dalam satu operasi bersepadu membanteras penyalahgunaan dan pemilikan dadah yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dengan kerjasama BSJND IPD Kota Kinabalu.

Operasi menerusi Ops Tapis itu dilaksanakan di beberapa lokasi sekitar daerah Penampang bermula malam 24 Jun hingga awal pagi 25 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, operasi berkenaan melibatkan sebuah kafe, kawasan sekitar pusat hiburan di Damai 118 Plaza, Kepayan Point serta sebuah unit kondominium di Nosoob.

Menurutnya, hasil operasi itu membawa kepada penahanan enam lelaki berusia antara 27 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan, polis merampas cecair disyaki dadah jenis MDMA/psilocybin berjumlah 20.5 mililiter dengan anggaran nilai RM360 serta ganja seberat 5.41 gram bernilai kira-kira RM120.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM480,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada suspek dipercayai bertindak sebagai pembekal kepada beberapa individu lain yang ditahan dalam operasi tersebut.

Katanya, maklumat hasil tangkapan awal membawa kepada penahanan seorang lagi suspek bersama sejumlah kecil cecair disyaki dadah sebelum polis menjalankan serbuan susulan di sebuah kondominium.

“Serbuan itu membawa kepada penemuan ganja dan penahanan dua lagi suspek,” katanya.

Sammy berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati lima daripada enam suspek positif dadah jenis THC, manakala seorang lagi didapati negatif.

Selain itu, semakan rekod lampau turut mendapati beberapa suspek mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dibaca bersama Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya, Seksyen 6 akta sama kerana memiliki ganja serta Seksyen 15(1)(a) kerana menggunakan dadah berbahaya.

Menurut beliau, Polis Daerah Penampang akan terus memperhebatkan operasi membanteras aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, khususnya di kawasan pusat hiburan, premis perniagaan, kafe dan lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan penagih serta pengedar dadah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti pengedaran atau penyalahgunaan dadah diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah dadah demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/enam-lelaki-ditahan-dalam-ops-tapis-polis-rampas-dadah-di-penampang/feed/ 0 98843
Op Tiris: Seleweng diesel di Penampang tumpas https://sabahmedia.com/2026/05/26/op-tiris-seleweng-diesel-di-penampang-tumpas/ https://sabahmedia.com/2026/05/26/op-tiris-seleweng-diesel-di-penampang-tumpas/#respond Tue, 26 May 2026 12:44:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=97352
Read Time:1 Minute, 10 Second

PENAMPANG: Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditahan bersama rampasan minyak diesel bersubsidi dalam Op Tiris yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, operasi itu dijalankan hasil risikan dan maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan tanpa permit atau kelulusan sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (BKDNKA) IPD Penampang melakukan pemantauan di sebuah stesen minyak di daerah itu sebelum menahan suspek.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjalankan kegiatan membeli dan mengumpul minyak diesel secara tidak sah menggunakan sebuah lori rigid satu tan yang telah diubah suai dengan tangki minyak kanvas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam operasi itu, polis turut merampas kira-kira 300 liter minyak diesel, sebuah lori satu tan, sekeping kad bank, sebuah telefon bimbit serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM68,645.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan suspek bersama barang kes telah diserahkan kepada KPDN Sabah untuk tindakan lanjut.

Sammy berkata, pihak polis akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penyelewengan barang kawalan demi menjaga kepentingan negara dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyelewengan barang kawalan supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha penguatkuasaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/26/op-tiris-seleweng-diesel-di-penampang-tumpas/feed/ 0 97352
Suspek cuba bunuh remaja perempuan di Penampang berjaya diberkas https://sabahmedia.com/2026/05/07/suspek-cuba-bunuh-remaja-perempuan-di-penampang-berjaya-diberkas/ https://sabahmedia.com/2026/05/07/suspek-cuba-bunuh-remaja-perempuan-di-penampang-berjaya-diberkas/#respond Thu, 07 May 2026 14:25:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96304
Read Time:1 Minute, 46 Second

PENAMPANG: Polis berjaya memberkas seorang suspek lelaki warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes cubaan membunuh seorang remaja perempuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tuntuluk, Nosoob, di sini, tengah hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kira-kira jam 5.50 petang di kawasan semak berhampiran Jalan Pekan Kinarut Lama, Papar.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 16 tahun itu berada di rumah bersama seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak buahnya ketika kejadian berlaku.

“Mangsa difahamkan membantu menjaga kanak-kanak berkenaan semasa kakak iparnya keluar bekerja.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek datang ke rumah mangsa untuk bertemu kakak ipar mangsa bagi menuntut baki hutang kerja membaiki paip rumah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang memegang sebilah pisau kerana menyiapkan masakan di dapur.

Katanya, suspek mendakwa mangsa mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menyebabkan dia berang sebelum bertindak merampas pisau berkenaan lalu mengelar leher mangsa.

“Suspek turut menolak mangsa ke dinding tandas sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan leher sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut Sammy, pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah bersama pegawai penyiasat kemudian menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa berada dalam keadaan stabil namun mengalami luka kelar di leher dan luka tetakan di bahagian kiri kepala,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri manakala ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita palsu yang boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Asisten Superintendan Hairie Awang Akub di talian 016-8032849.

Berita berkaitan:

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/07/suspek-cuba-bunuh-remaja-perempuan-di-penampang-berjaya-diberkas/feed/ 0 96304
Mayat lelaki terapung ditemui dalam longkang di Penampang https://sabahmedia.com/2026/04/20/mayat-lelaki-terapung-ditemui-dalam-longkang-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/mayat-lelaki-terapung-ditemui-dalam-longkang-di-penampang/#respond Mon, 20 Apr 2026 15:15:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95231
Read Time:55 Second

PENAMPANG: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap dan terapung di dalam longkang berhampiran sebuah restoran di Jalan Bundusan, di sini, petang tadi.

​Pihak polis menerima maklumat orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang sebelum menggerakkan anggota ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.

​Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, siasatan awal bersama Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah setakat ini tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.

​“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai laporan Mati Mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

​Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) bagi menentukan punca sebenar kematian, manakala usaha mengesan identiti dan waris mangsa masih giat dijalankan.

​Dalam pada itu, Erwansyah menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi tidak sahih atau gambar mangsa yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat serta mengganggu siasatan.

“​Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Amir Fitri Ab Rahman di talian 016-4492215 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/mayat-lelaki-terapung-ditemui-dalam-longkang-di-penampang/feed/ 0 95231
Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah – Sammy https://sabahmedia.com/2026/01/13/ladang-ternakan-buaya-di-penampang-beroperasi-secara-sah-sammy/ https://sabahmedia.com/2026/01/13/ladang-ternakan-buaya-di-penampang-beroperasi-secara-sah-sammy/#respond Tue, 13 Jan 2026 05:59:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89634
Read Time:57 Second

PENAMPANG: Tular di media sosial sebuah ladang ternakan buaya yang beroperasi di kawasan Penampang, mendorong sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menjalankan pemeriksaan susulan bagi menilai kesahihan maklumat yang tersebar.

Seorang anggota polis menjalankan pemeriksaan di ladang penternakan buaya di kawasan Penampang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata pemeriksaan itu dijalankan susulan penularan satu video klip berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan habitat buaya dan menimbulkan kebimbangan orang awam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di sebuah ladang penternakan buaya di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, video klip yang tular itu dipercayai dirakam di kawasan berhampiran sebuah ladang penternakan buaya berlesen yang beroperasi secara sah.

Sehubungan itu, Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab.

Tambahnya, IPD Penampang akan terus komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah ini sentiasa terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/13/ladang-ternakan-buaya-di-penampang-beroperasi-secara-sah-sammy/feed/ 0 89634
Geran pendidikan tahunan sekolah di Penampang dan Kadamaian diteruskan – Ewon https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/ https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/#respond Sat, 06 Dec 2025 11:14:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87857
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Geran pendidikan tahunan untuk sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan diteruskan pada tahun 2026, kata Ahli Parlimen Penampang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, penyaluran geran tersebut merupakan komitmen berterusan bagi memastikan sekolah rendah dan menengah, termasuk yang melaksanakan Program Pendidikan Khas, terus memperoleh sokongan sewajarnya bagi meningkatkan mutu pengajaran serta kemudahan pembelajaran.

“Sejak diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Penampang, setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima geran pendidikan tahunan, termasuk keperluan tambahan kepada sekolah yang memerlukan sokongan segera, sebagaimana bantuan yang pernah disalurkan kepada SK St. Joseph.

“Inisiatif yang sama turut dilaksanakan di kawasan Kadamaian dan geran tahunan ini akan diteruskan kepada semua sekolah di kawasan Kadamaian,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan itu berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Graduasi SK St. Joseph Penampang, di sini, hari ini.

Ewon berkata, sokongan terhadap institusi pendidikan akan terus menjadi keutamaan, bukan sahaja melalui peruntukan tahunan, tetapi juga menerusi kerjasama rapat dengan pihak sekolah dan warga pendidik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pendidik dan ibu bapa atas usaha memastikan pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar terus terjamin serta menjadi asas kepada kecemerlangan daerah Penampang.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa yang memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan sempurna serta terus menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan Penampang,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon menasihati para pelajar agar terus membina jati diri, menghormati guru dan keluarga serta mempersiapkan masa depan dengan disiplin, iltizam dan nilai murni yang menjadi asas pembentukan sahsiah dan kecemerlangan pendidikan.

“Mudah-mudahan sepuluh tahun dari sekarang, setiap seorang daripada 88 pelajar ini kembali sebagai graduan universiti dengan ijazah masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu seramai 88 pelajar Tahun 6 menerima sijil graduasi masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/feed/ 0 87857
PMX turun padang, dengar rintihan mangsa banjir di Penampang https://sabahmedia.com/2025/09/19/pmx-turun-padang-dengar-rintihan-mangsa-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/09/19/pmx-turun-padang-dengar-rintihan-mangsa-banjir-di-penampang/#respond Fri, 19 Sep 2025 11:49:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81658
Read Time:2 Minute, 33 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kolopis dan Sarapung, di sini.

Rata-rata mangsa di PPS Kolopis ketika ditemui Sabah Media meluahkan rasa teruja dapat bertemu dengan Perdana Menteri (PMX) meskipun seketika sahaja, memandangkan jadual beliau yang padat.

Pada lawatan itu, PMX menyerahkan bakul bantuan banjir kepada 400 ketua isi rumah (KIR), melibatkan 170 KIR di PPS Kolopis, 170 KIR di PPS Sarapung, dan 60 KIR dari Kampung Inobong. Sumbangan berkenaan disalurkan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Noiti

Penyelaras PPS Kolopis, Noiti Ibot @ Anna Nati, 54, yang turut terkesan banjir, berkata beliau gembira dengan kehadiran PMX bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, serta wakil rakyat lain yang hadir melawat dan memberikan sumbangan.

“Tidak juga lupa kepada pihak Sekolah Kebangsaan St. Paul Kolopis yang menyediakan tempat tinggal sementara kepada kami dan menyediakan makanan untuk hari pertama.

Badan bukan kerajaan dan orang perseorangan turut menghantar bantuan makanan serta pakaian kepada kami.

“Terima kasih kerana tidak membelakangkan kami ketika ditimpa kesusahan. Pada awal dipindahkan ke sini, kami memang serba kekurangan. Namun pihak sekolah menghulurkan makanan sementara menunggu bantuan tiba. Sehari selepas itu, barulah kami menerima bantuan daripada badan bukan kerajaan dan orang perseorangan,” katanya.

Menurutnya, masih terdapat beberapa keluarga yang tinggal di PPS kerana rumah mereka rosak dan belum dibaiki.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat mencarikan tempat tinggal sementara kerana PPS ini berada di kawasan sekolah dan mungkin akan mengganggu sesi pembelajaran pelajar,” tambahnya.

Sementara itu, Murjana Adzrik, 47, berkata beliau terharu dengan kehadiran PMX.

Murjana

“Saya rasa bangga kerana kita mempunyai Perdana Menteri yang begitu prihatin terhadap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Beliau sendiri turun padang melihat keadaan kami. Kami bersyukur atas bantuan kerajaan negeri dan persekutuan yang meringankan beban kami ketika ini,” katanya.

Menurut Murjana, kawasan tempat tinggal mereka sering dilanda banjir.

“Dalam tahun ini sahaja sudah tiga kali berlaku, tetapi tidak teruk .. sekadar menjejaskan kawasan dapur kerana lantainya rendah. Namun banjir kali ini paling teruk sehingga memaksa saya bersama keluarga berpindah segera ke PPS Kolopis,” jelasnya.

Seorang lagi mangsa, Mohammad Akif, 33, turut berkongsi keterujaan dengan lawatan PMX.

Mohammad Akif

“Saya sangat gembira kerana beliau sanggup datang dari jauh untuk bertanya khabar walaupun sekejap sahaja,” katanya.

Tambahnya, hujan lebat baru-baru ini menyebabkan air naik dengan cepat. Demi keselamatan, beliau bersama isteri dan dua anak berpindah segera ke PPS Kolopis dan hanya mampu menunggu bantuan makanan serta ubat-ubatan daripada pihak berkuasa.

“Kami hanya mampu mengharapkan bantuan kerana tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu,” katanya.

Ewon dalam kenyataannya hari ini berkata, tujuh agensi di bawah kementeriannya telah menyalurkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat bernilai hampir RM200,000 kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah.

“Sumbangan berupa bakul makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain seperti lampin pakai buang telah mula diagihkan hari ini kepada penerima di Penampang, Kadamaian dan Papar,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang menambah, bantuan seterusnya akan diagihkan secara berfasa sehingga semua sumbangan selesai disampaikan kepada 1,907 penerima.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/19/pmx-turun-padang-dengar-rintihan-mangsa-banjir-di-penampang/feed/ 0 81658
KKIPSB ERT hantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Penampang https://sabahmedia.com/2025/09/17/kkipsb-ert-hantar-bantuan-makanan-kepada-mangsa-banjir-di-penampang/ https://sabahmedia.com/2025/09/17/kkipsb-ert-hantar-bantuan-makanan-kepada-mangsa-banjir-di-penampang/#respond Tue, 16 Sep 2025 23:30:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81435
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Tindakan Kecemasan KKIP Sdn. Bhd. (KKIPSB ERT) telah menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Penampang malam tadi.

Misi itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KKIP Sdn. Bhd. yang juga penyelaras KKIPSB ERT, Datuk Lawrence Kimkuan, dengan lima kenderaan pasukan berlepas ke lokasi sekitar jam 10.30 malam.

Sebelum penghantaran dibuat, satu pasukan tinjauan awal telah digerakkan bagi mengenal pasti bentuk keperluan segera mangsa di pusat pemindahan.

Bantuan makanan berkenaan disalurkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Paroki, Sacred Heart Inobong di sini yang menempatkan penduduk terjejas akibat banjir sejak petang semalam.

Lawrence berkata pihaknya turut prihatin dengan mangsa-mangsa yang terjejas bencana banjir di negeri ini.

“Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa yang terlibat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/17/kkipsb-ert-hantar-bantuan-makanan-kepada-mangsa-banjir-di-penampang/feed/ 0 81435
102 KIR terjejas banjir di Penampang terima sumbangan Perdana Menteri https://sabahmedia.com/2024/07/19/102-kir-terjejas-banjir-di-penampang-terima-sumbangan-perdana-menteri/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/102-kir-terjejas-banjir-di-penampang-terima-sumbangan-perdana-menteri/#respond Fri, 19 Jul 2024 00:57:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57730
Read Time:1 Minute, 14 Second

Penampang : Seramai 102 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas banjir di Penampang baru-baru ini, menerima sumbangan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Kanan Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ketika ditemui media, beliau berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh ditambah baik bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

“Semalam, saya telah turun ke beberapa kawasan terutamanya di Penampang bersama Pegawai Daerah, Francis Chong untuk melihat kawasan banjir dan beberapa tempat yang perlu suatu tindakan segera daripada agensi di peringkat persekutuan dengan kerjasama negeri untuk melakukan beberapa tindakan yang boleh memberikan maklumat awal kepada rakyat di kawasan ini yang terkena dengan banjir.

“Kalau ikut Jabatan Meteorologi, limpahan air hujan pada tarikh tersebut memang tinggi. Ini memberikan peluang kepada agensi memperbaiki sistem amaran dan saya yakin beberapa perkara itu harus diteliti semula agar dapat ditambah baik.

“Untuk itu, saya telah minta Pegawai Daerah untuk menyediakan beberapa cadangan bertulis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir Penampang di Dewan Kebudayaan Penampang, di sini semalam.

Selain mangsa banjir, sumbangan berjumlah RM10,000 juga turut diberikan masing-masing kepada Ibu Pejabat Polis Daerah dan Balai Bomba Daerah Penampang.

Sementara itu, penerima sumbangan, Francis Xavier berkata beliau tidak menyangka akan mendapat bantuan daripada Perdana Menteri.

Francis atau lebih dikenali sebagai Oliver Putut merupakan tukang kayu memaklumkan sumbangan itu sangat diperlukan kerana beliau perlu membeli peralatan pertukangan bagi menggantikan peralatan yang rosak akibat bencana banjir pada 30 Jun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/102-kir-terjejas-banjir-di-penampang-terima-sumbangan-perdana-menteri/feed/ 0 57730
Musim hujan: Semua pihak berkuasa tempatan diarah bersiap siaga https://sabahmedia.com/2024/07/01/hajiji-lawat-mangsa-banjir-di-pps-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/07/01/hajiji-lawat-mangsa-banjir-di-pps-penampang/#respond Mon, 01 Jul 2024 07:54:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56837
Read Time:1 Minute, 17 Second

PENAMPANG: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan di seluruh negeri supaya sentiasa bersiap siaga ketika musim hujan ini.

“Pastikan semua longkang dibersihkan. Jangan tunggu hujan baru ambil tindakan. Kita mesti bersedia setiap masa,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Pusat Kebudayaan Penampang di sini, hari ini.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri dan Persekutuan amat prihatin terhadap mereka yang terjejas akibat banjir kilat dan akan membantu semua mangsa.

“Kerajaan negeri bersimpati dengan nasib mereka jadi kami bersedia untuk memberi bantuan tunai kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga di Pusat Kebudayaan Penampang.

“Kerajaan Persekutuan melalui Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick yang merupakan ahli parlimen Penampang juga akan membantu mangsa banjir ini,” katanya.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan untuk membantu mereka yang tidak dipindahkan ke pusat perlindungan sementara tetapi rumah mereka rosak teruk akibat banjir.

Terdahulu, Pegawai Daerah Francis Chong memberi taklimat kepada Ketua Menteri bahawa pada masa ini terdapat 67 keluarga membabitkan 165 orang ditempatkan di PPS itu sejak ia diaktifkan pada jam 5.25 petang Ahad (30 Jun).

Beliau juga dimaklumkan bahawa 11 kampung di sekitar daerah Penampang ditenggelami air akibat hujan lebat pada Ahad.

Satu nyawa terkorban membabitkan seorang wanita yang dihanyutkan arus deras berhampiran bulatan di Donggongon semasa banjir kilat.

Kemudian, Hajiji diiringi Ewon, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Juri dan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shaminan Sahari meninjau situasi banjir di Kampung Tuavon dan Hungab.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/01/hajiji-lawat-mangsa-banjir-di-pps-penampang/feed/ 0 56837