HomeUtamaRemaja perempuan ditemui berlumuran darah di tandas

Remaja perempuan ditemui berlumuran darah di tandas

Read Time:47 Second

PENAMPANG: Seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam tandas di Kampung Tuntuluk di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 16 tahun yang juga bukan warganegara ditemui tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Penampang, Sammy Newton berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Polis sedang mengesan seorang suspek lelaki berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes ini.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, ASP Hairie Awang Akub di talian 016-8032849,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kenyataan media penuh mengenai kes itu akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu atau spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam serta menjejaskan siasatan polis.

RELATED ARTICLES
Utama

Kita mungkin ada kekurangan, tetapi di situ ada kekuatan kita –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular