analisis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Dec 2024 08:36:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png analisis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Momentum Pemulihan dan Lonjakan Ekonomi Dalam Sektor Pelancongan Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/27/momentum-pemulihan-dan-lonjakan-ekonomi-dalam-sektor-pelancongan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/27/momentum-pemulihan-dan-lonjakan-ekonomi-dalam-sektor-pelancongan-sabah/#respond Fri, 27 Dec 2024 08:36:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66040
Read Time:3 Minute, 9 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

Sektor pelancongan Sabah terus mencatatkan prestasi cemerlang dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan data terbaru dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), momentum pemulihan pasca-pandemik telah memberikan kesan yang besar terhadap ekonomi negeri, terutama melalui peningkatan jumlah pelawat dan perbelanjaan pelancongan.

Lonjakan Ketibaan Pelancong

Jumlah ketibaan pelawat ke Sabah meningkat sebanyak 51.3%, daripada 1.727 juta pada 2022 kepada 2.613 juta pada 2023. Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan ketara pelawat asing, yang melonjak sebanyak 206.5% kepada 858,475, manakala pelawat domestik mencatatkan kenaikan 21.2% kepada 1.754 juta.

Peningkatan Ketibaan Pelancong Asing

Antara negara yang menunjukkan pertumbuhan tertinggi ialah:

  • China: meningkat 1,117.5%, berjumlah 78,690 pada 2023.
  • Chinese Taipei: meningkat 1,053.4%, berjumlah 22,988 pada 2023.
  • United Kingdom & Ireland: meningkat 626.8%, berjumlah 24,727 pada 2023.
  • Korea Selatan: meningkat 260.3%, berjumlah 198,703 pada 2023.

Sebaliknya, jumlah pelancong dari Timur Tengah masih rendah, mencatat hanya 1,625 orang (0.2% daripada jumlah pelancong asing). Pasaran Timur Tengah ini jelas menawarkan peluang besar yang belum diterokai sepenuhnya oleh Lembaga Pelancongan Sabah.

Perbelanjaan Pelancongan yang Menggalakkan

Dengan peningkatan jumlah pelancong, perbelanjaan pelancongan di Sabah turut melonjak sebanyak 39%, daripada RM 5.9 bilion pada 2022 kepada RM 8.2 bilion pada 2023. Perbelanjaan pelancong asing menyumbang RM 4.2 bilion, meningkat 56%, manakala pelancong domestik membelanjakan RM 4.0 bilion, meningkat 25%.

Menariknya, terdapat perbezaan corak perbelanjaan antara pelancong asing dan domestik:

PelancongJenis PerbelanjaanJumlah Perbelanjaan
Pelancong AsingPenginapan dan makanan & minuman (30.5%)RM 1,278.9 juta
Pengangkutan dan bahan api (28.3%)RM 1,189.0 juta
Pelancong DomestikMembeli-belah/perdagangan runcit (47.4%)RM 1,916.3 juta
Penginapan dan makanan & minuman (34.5%)RM 1,394.5 juta

Peluang Pekerjaan Bertambah

Sektor pelancongan Sabah terus memainkan peranan penting dalam menyediakan peluang pekerjaan, dengan 22.4% daripada tenaga kerja di Sabah terlibat dalam sektor ini. Pada 2023, peningkatan jumlah pelancong menyumbang kepada penambahan 24,000 pekerjaan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 362,700 pekerja, meningkat 7% berbanding 2022.

Cabaran Menuju Tahap Pra-Pandemik

Walaupun pencapaian 2023 sangat memberangsangkan, sektor pelancongan Sabah masih belum mencapai tahap sebelum pandemik COVID-19. Pada 2019, jumlah pelawat ke Sabah ialah 4.2 juta, pencapaian tertinggi dalam tempoh 19 tahun. Namun, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah pelawat merosot sebanyak 90% dalam tempoh dua tahun (2019–2021).

Kerajaan Sabah berjaya melonjakkan jumlah pelawat sebanyak 550% dalam tempoh dua tahun (2021–2023), dan momentum ini dijangka terus meningkat pada 2024.

Sokongan Infrastruktur dan Perancangan Masa Depan

Sasaran 3 juta pelawat pada 2024 hampir tercapai, dengan 2.09 juta pelancong direkodkan dalam tempoh Januari hingga Ogos 2024, meningkat 25.7% berbanding tempoh sama pada 2023. Peningkatan ini didorong oleh penambahan penerbangan domestik dan antarabangsa, melibatkan 12 syarikat penerbangan, 19 destinasi antarabangsa, dan lebih 25,000 kapasiti tempat duduk mingguan.

Sepanjang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, Sabah mensasarkan 3.9 juta pelawat dengan jumlah perbelanjaan RM 9.1 bilion. Di bawah Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Sabah memperuntukkan dana untuk pembangunan eko-pelancongan luar bandar, menaik taraf infrastruktur warisan, dan memelihara budaya serta kesenian.

Menaik Taraf Lapangan Terbang

Kerajaan Malaysia turut menyokong sektor pelancongan Sabah dengan projek menaik taraf dua lapangan terbang utama:

  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK): RM 442.30 juta, meningkatkan kapasiti terminal kepada 12 juta penumpang setahun.
  • Lapangan Terbang Tawau (LTT): RM 130 juta, meningkatkan kapasiti terminal kepada 2.5 juta penumpang setahun.

Kesimpulan

Momentum pencapaian sektor pelancongan Sabah pada 2023 menunjukkan potensi besar untuk terus berkembang. Pencapaian ini bukan sahaja merancakkan ekonomi Sabah tetapi juga menyediakan peluang pekerjaan yang signifikan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dengan pelbagai inisiatif yang dirancang, Sabah berada di landasan kukuh untuk mencapai tahap pra-pandemik dan melangkaui sasaran dalam tahun-tahun mendatang.

Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/27/momentum-pemulihan-dan-lonjakan-ekonomi-dalam-sektor-pelancongan-sabah/feed/ 0 66040
Nilai Perdagangan di Sabah Terus Meningkat https://sabahmedia.com/2023/08/07/nilai-perdagangan-di-sabah-terus-meningkat/ https://sabahmedia.com/2023/08/07/nilai-perdagangan-di-sabah-terus-meningkat/#respond Mon, 07 Aug 2023 02:27:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39615
Read Time:3 Minute, 54 Second

Oleh – Wan Azrain Adnan

1. Menurut laporan Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Sabah telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM 118.1 billion pada tahun 2022.

Jumlah perdagangan berkenaan merangkumi eksport (RM 77.2 billion) dan import (RM 40.9 billion), seterusnya menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM 36.2 billion.

2. Data DOSM tersebut menunjukkan pertumbuhan perdagangan Sabah yang amat memberangsangkan. Secara keseluruhan, jumlah perdagangan Sabah 2022 telah meningkat sebanyak 35.4% (RM 30.9 billion) berbanding tahun 2021 (RM 87.2 billion). Ini merupakan pertumbuhan perdagangan tertinggi Sabah. Pertumbuhan besar berkenaan jauh melebihi pertumbuhan 9.8% pada tahun 2021, berbanding tahun 2020.

3. Pada tahun 2022, jumlah eksport Sabah telah meningkat sebanyak 38.6% berbanding tahun 2021 (RM 55.7 billion). Peningkatan eksport ini di terajui oleh pertumbuhan besar tiga eksport utama Sabah, iaitu: petroleum mentah telah meningkat sebanyak 59.1%, minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 22.1%, dan gas asli cecair meningkat sebanyak 144.1%.

4. Tiga eksport utama tersebut menyumbang sejumlah RM 56.6 billion (73%) kepada jumlah eksport Sabah 2022: petroleum mentah (RM 30.3 billion, 39.9%), minyak kelapa sawit (RM 21.1 billion, 27.4%) dan gas asli cecair (RM 5.2 billion, 6.7%).

5. Industri oil & gas dan kelapa sawit terus menjadi penyumbang besar kepada perdagangan dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sabah. Malah kedua-dua industri berkenaan turut menjadi penyumbang besar kepada hasil pendapatan Kerajaan Sabah.

6. Di dalam Belanjawan Sabah 2023, Cukai Jualan Negeri Sabah, yang meliputi cukai minyak sawit mentah (CPO) dan produk petroleum, di anggarkan berjumlah RM 2.270 billion. Jumlah ini merupakan 43% dari anggaran keseluruhan pendapatan Kerajaan Sabah untuk tahun 2023 (RM 5.268 billion).

Di samping itu, royalti petroleum untuk tahun 2023 di anggarkan sebanyak RM 1.35 billion, iaitu 26% daripada anggaran keseluruhan pendapatan Kerajaan Sabah.

7. Jelas, industri oil & gas adalah amat penting kepada ekonomi dan rakyat Sabah. Maka tindakan Kerajaan Sabah untuk meningkatkan penglibatan dan kawal-selia industri oil & gas adalah tepat. Tindakan ini dapat memastikan industri oil & gas Sabah kekal mampan dan memberi pulangan sewajarnya kepada rakyat Sabah.

8. Ini termasuklah: meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan Gas 2023 dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023, melancarkan Pelan Induk Gas Sabah, memindah-milik aset huluan gas Petronas kepada Sabah Energy Corporation (SEC), dan mengambil pegangan ekuiti di dalam syarikat PETRONAS yang beroperasi di Sabah.

9. Manakala, pada tahun 2022, import Sabah pula berjumlah RM 40.9 billion, meningkatkan sebanyak 29.6% dari tahun 2021 (RM 31.6 billion). Tiga import utama adalah: jentera dan kelengkapan pengangkutan (RM 12.4 billion, 30.3%) makanan (RM 6.4 billion, 15.7%) dan produk keluaran kilang (RM 5.3 billion, 13%).

Jumlah tiga import tersebut (RM 24.1 billion) menyumbang sebanyak 58.9% kepada keseluruhan import Sabah 2022.

Data juga menunjukkan import makanan telah meningkat sebanyak 19.6% dari tahun 2021.

10. Di dalam laporan Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah 2021, beras merupakan import ke-tiga terbesar Sabah, berjumlah RM 493 juta. Ini tidaklah mengejutkan kerana Sabah mengimport hampir 80% beras untuk memenuhi keperluan tempatan. Menurut Ketua Menteri Sabah, ketika ini, kadar Tahap Sara Diri/ Self-Sufficient Level (SSL) beras Sabah hanyalah 22%.

Ini bermakna industri padi di Sabah hanya dapat memenuhi 22% permintaan tempatan.

11. Justeru itu, Ketua Menteri Sabah telah mengumumkan bahawa Lembaga Padi Sabah bakal di wujudkan semula untuk menerajui pembangunan industri padi di Sabah. Penubuhan tersebut di jangka dapat meningkatkan kadar SSL beras Sabah kepada 60% menjelang tahun 2030.

Ini selaras dengan pembangunan industri padi Sabah di bawah Rancangan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3.
12. Penubuhan Lembaga Padi Sabah tepat masanya dan wajar di segerakan untuk melonjakkan pembangunan industri padi secara mampan di Sabah. Ini akan dapat membantu agenda keselamatan makanan/ food security Sabah, dan seterusnya mengurangkan kebergantungan tinggi kepada beras import.

13. Tambahan lagi, Lembaga Padi Sabah mesti menerajui penggunaan teknologi terkini untuk memberikan hasil padi yang tinggi. Ini dapat memberi pendapatan yang lumayan kepada para petani, seterusnya menarik petani keluar dari kelompok kemiskinan. Ini juga dapat menarik minat generasi muda untuk bekerjaya sebagai usahawan tani moden.

14. Pada pembentangan Belanjawan Sabah 2023, ekonomi Sabah di unjurkan meningkat sebanyak 5.0% pada tahun 2023. Ini sudah pasti akan terus mendorong pertumbuhan pesat perdagangan Sabah. Data DOSM membuktikan bahawa agenda Sabah Maju Jaya telah membuahkan hasil dan berada di trajektori pertumbuhan yang utuh.

15. Sabah menikmati lebihan dagangan 2022 yang besar (RM 36.2 billion), anggaran lebihan belanjawan/ budget surplus untuk tahun 2023 (RM 130.47 juta), serta unjuran pertumbuhan ekonomi yang positif (5%).

16. If managed well, the sky is the limit for Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/07/nilai-perdagangan-di-sabah-terus-meningkat/feed/ 0 39615
Lebih Setengah Juta Vaksin Covid-19 Berjaya Diberikan Kepada Penduduk dalam Tempoh 10 Hari https://sabahmedia.com/2021/08/24/lebih-setengah-juta-vaksin-covid-19-berjaya-diberikan-kepada-penduduk-dalam-tempoh-10-hari/ https://sabahmedia.com/2021/08/24/lebih-setengah-juta-vaksin-covid-19-berjaya-diberikan-kepada-penduduk-dalam-tempoh-10-hari/#respond Tue, 24 Aug 2021 04:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5148
Read Time:1 Minute, 47 Second

Kota Kinabalu -Sebanyak 588,761 ribu dos vaksin berjaya diberikan kepada penduduk di sabah melalui program imunisasi covid-19 kebangsaan ( PICK ) sepanjang 10 hari lepas.

Daripada jumlah itu sebanyak 330,340 orang menerima dos kedua vaksin COVID-19 di Sabah yang menjadikan keseluruhannya 854,228 orang telah melengkapkan  dua dos vaksin di negeri itu.

Menerusi data yang dikongsikan secara harian oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri yang juga jurucakap rasmi  Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyaksikan sejumlah 258,421 ribu dos suntikan pertama berjaya diberikan di dalam tempoh yang sama.

kumulatif suntikan vaksin dari 13-23 ogos 2021

Ini menjadikan secara puratanya sejumlah 53,524 ribu dos berjaya diberikan secara harian di dalam tempoh itu dan jumlah tertinggi pemberian harian ialah 62,365 ribu dos sehari ialah pada 17 Ogos lalu ( data 18 Ogos) manakala jumlah terendah ialah 41,289 ribu dos ( data 23 ogos).

Dalam pada itu, menerusi satu catatan di laman Facebook rasmi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, berkata dengan adanya Vaksin CanSino (vaksin dengan dos tunggal), menjadi harapannya agar kadar vaksinasi di Sabah akan dapat dicapai mengikut jadual yang telah ditetapkan sebelum ini.

Vaksin CanSino, sangat sesuai untuk rakyat Sabah khususnya di kawasan luar bandar atau pedalaman. Selaras dengan pendekatan kerajaan negeri, memastikan tiada rakyat tercicir daripada menerima vaksin meskipun jauh di pedalaman Sabah, sekali gus mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun 2021.

Sabah dijangka menerima bekalan vaksin satu suntikan itu minggu ini, dan Kerajaan Negeri turut yakin bahawa negeri itu akan beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada awal atau pertengahan September ini.

Perkembangan positif itu susulan kira-kira 1.4 juta rakyat Sabah telah menerima suntikan dos pertama menerusi program vaksinasi COVID-19 yang dilaksanakan di seluruh negeri, setakat ini.

Infografik pemberian vaksin

Dan Memetik ucapan Hajiji pada ahad lalu, beliau berkata Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan mencapai 40 peratus nilai ambang untuk beralih ke Fasa Tiga PPN. Jika semua berjalan dengan baik, Sabah boleh mencapai 60 peratus rakyat divaksin pada awal atau sebelum 15 Sept.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/24/lebih-setengah-juta-vaksin-covid-19-berjaya-diberikan-kepada-penduduk-dalam-tempoh-10-hari/feed/ 0 5148
Analisa :- Jumlah Penerima Vaksin Di Sabah Terus Melonjak Di Minggu Pertama Ogos 2021 https://sabahmedia.com/2021/08/08/analisis-jumlah-penerima-vaksin-di-sabah-terus-melonjak-di-minggu-pertama-ogos-2021/ https://sabahmedia.com/2021/08/08/analisis-jumlah-penerima-vaksin-di-sabah-terus-melonjak-di-minggu-pertama-ogos-2021/#respond Sun, 08 Aug 2021 10:00:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4307
Read Time:2 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU — Sejumlah 309,915 dos vaksin berjaya diberikan kepada penduduk  Sabah melalui program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sepanjang minggu ini.

Melalui data yang dikongsikan secara harian oleh  jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19,  Datuk Masidi Manjun menyaksikan sejumlah 253,249 ribu dos pertama vaksin berjaya diberikan manakala bagi dos kedua pula ialah 56,666 ribu  dos.

Jadual kumulatif vaksin sabah Minggu 1 ogos 2021

Jumlah tertinggi pemberian dos pemberian secara harian ialah diberikan pada 31 Julai lalu iaitu 48,300, ( dos pertama 44,639, dos kedua – 3661) manakala terendah ialah pada 1 haribulan iaitu 34,532 ( dos pertama 29,422, dos kedua 5110).

Dan secara puratanya untuk minggu pertama ogos ini, sebanyak 44,273 ribu dos vaksin berjaya disuntik kepada penduduk di Sabah.

Data-data yang dikongsikan turut menunjukkan sehingga kini sudah hampir 40% penduduk di Sabah menerima sekurang-kurangnya dos pertama suntikan vaksin, manakala lebih 15 % pula sudahpun melengkapkan suntikan 2 dos mereka.

Berdasarkan data dikeluarkan JKNS sebelum ini , jumlah suntikan untuk 10 hari iaitu 21 hingga 31 Julai 2021 menunjukkan angka vaksinasi antara 27,994 hingga 43,800 dos suntikan.

Data pemberian vaksin 1-14 julai 2021
Data Pemberian Vaksin 15-31 Julai

Berbanding 18 hingga 20 Julai hanya sekitar 7,000 hingga 20,000 suntikan sahaja.

Lebih membanggakan apabila Sabah merekodkan suntikan vaksin yang tinggi pada 31 Julai lalu iaitu 43,800 suntikan.

SASARAN 60 PERATUS VAKSINASI

Kerajaan Sabah menetapkan Sasaran 60 peratus populasi di negeri ini mendapat suntikan lengkap vaksin COVID-19  menjelang 21 September depan.

Bagaimanapun kemampuan itu bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia dan tiada gangguan jadual penghantaran vaksin ke Sabah.

“Atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang,kata Datuk Masidi Manjun lagi.

Sementara itu Malaysia yang dijangka akan menerima bekalan vaksin dos tunggal CanSino dari China sebanyak 400,000 dos vaksin pastinya akan mempercepatkan lagi jumlah pemberian vaksin di Sabah.

Difahamkan bekalan vaksin itu akan tiba di negara ini pada 15 Ogos depan menerusi penerbangan komersial AirAsia dan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini turut  memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Sabah akan diutamakan dalam penghantaran vaksin dos tunggal ini

Semalam kami juga turut melaporkan Cabang Pelaburan Strategik kerajaan Sabah, Qhazanah Sabah Group, telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 250,000 dos vaksin Sinovac CoronaVac.

Pengerusi Qhazanah Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, syarikat itu dipilih oleh kerajaan negeri menjadi badan yang membantu untuk memastikan pemberian vaksin yang mencukupi dan pantas di Sabah.

“Oleh kerana tugas kita untuk membantu kerajaan, Kumpulan Qhazanah, melalui anak syarikat milik penuh WH Medicare, telah komited untuk mendapatkan vaksin Sinovac CoronaVac dari Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, ”kata Salleh dalam satu kenyataan

Diharapkan dengan ketibaan vaksin, serta tambahan vaksin yang dibeli oleh Kerajaan negeri melalui Qhazanah Sabah Group dapat meningkatkan lagi kadar penerimaan vaksin penduduk di Sabah dan sekaligus sasaran untuk mencapai kadar herd imuunity dapat dicapai dengan lebih pantas

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/08/analisis-jumlah-penerima-vaksin-di-sabah-terus-melonjak-di-minggu-pertama-ogos-2021/feed/ 0 4307