HomeUtamaPICK : Sabah Menanti Dos Tunggal Cansino Yang Bakal Tiba Pertengahan Ogos...

PICK : Sabah Menanti Dos Tunggal Cansino Yang Bakal Tiba Pertengahan Ogos Ini

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU : Malaysia dijangka akan menerima bekalan vaksin dos tunggal CanSino dari China sebanyak 400,000 dos vaksin.

Difahamkan bekalan vaksin itu akan tiba di negara ini pada 15 Ogos depan menerusi penerbangan komersial AirAsia.

Menurut sumber, kerajaan Sabah akan diberi keutamaan untuk menerima vaksin dos tunggal CanSino ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini telah memberi jaminan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bahawa Sabah akan diutamakan dalam penghantaran vaksin dos tunggal ini

dalam pertemuan secara maya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) baru-baru ini.

Menerusi pertemuan itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, penghantaran pertama akan dibuat untuk Sabah dan kerajaan Sabah diberi pilihan mengenai Johnson & Johnson (vaksin satu dos).

Penghantaran vaksin dos tunggal itu penting bagi Sabah agar dapat menjangkau masyarakat di kawasan pedalaman dan pulau-pulau terpencil yang terhalang disebabkan keadaan muka bumi yang sukar dan jauh.

Sumber turut berharap agar janji dan keutamaan itu ditunaikan apabila bekalan vaksin berkenaan tiba dinegara ini.

Katanya, ia bagi memastikan proses pemberian vaksin kepada rakyat Sabah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar khususnya dikawasan luar bandar.

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas ditemui lemas semasa memukat di pantai Kuala Putatan 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya