HomeUtamaHentikan polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah - Masidi

Hentikan polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah – Masidi

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan media hari ini berkata, polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah ini perlu dihentikan agar kita menumpukan semua usaha kita mengurus dan melawan ancaman penularan virus COVID-19 yang semakin merunsing.

“Kita harus memberi peluang kepada Pengarah Kesihatan baharu, Dr Rose Nani Mudin untuk membuktikan kewibawaan dan kemampuannya mengurus ancaman COVID-19 ini, sama dengan peluang yang kita telah berikan kepada Datuk Dr Christina Rundi.

“Dr Rose Nani Mudin berasal dari daerah Papar, anak jati sabah, bapa berbangsa Kadayan dan ibu, Kadazan,” kata Masidi.

Tambahnya, Dr Rose Nani juga mempunyai latar belakang kepakaran yang sama dengan Dr Christina.

“Bagaimanapun, pertukarannya tidak ada kena mengena dengan isu kebenaran ‘dine-in’ yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN).

“Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri sendiri telah merayu agar Dr Christina dikekalkan di Sabah dalam keadaan kita sedang menghadapi ancaman pandemik COVID-19 yang serius.

“Saya sendiri telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, merayu agar Dr Christina dikekalkan atau sekurang-kurangnya bertukar hanya pada hujung tahun.

“Namun, Dr Noor Hisham memaklumkan keputusan ini adalah diperingkat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang melibatkan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi lain Kerajaan Pusat.

“Kerajaan Pusat secara rasmi memaklumkan Kerajaan Negeri bahawa rayuan Kerajaan Negeri tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab keperluan perkhidmatan dan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi di Kementerian yang terlibat.

“Kita sayang dan mengiktiraf dedikasi kerjaya Dr Christina, kerana itu Kerajaan Negeri merayu agar beliau dikekalkan, tetapi kita menerima hakikat beliau juga seorang pegawai perkhidmatan awam yang tertakluk kepada pertukaran bila-bila masa untuk bertugas di tempat lain.

“Semasa mula-mula dilantik dalam perkhidmatan awam, semua pegawai kerajaan akur dengan syarat ini,”katanya.

Masidi juga menjelaskan bahawa Datuk Dr Christina Rundi antara beberapa pegawai tinggi yang dikenalpasti ada potensi untuk pegang jawatan yang lebih tinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau ditukar ke Ibu Pejabat adalah sebagai persediaan untuk mengisi salah satu jawatan penting akhir tahun ini apabila penyandangnya bersara,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya