HomeIsu tempatanAnika dimahkotakan Unduk Ngadau Tongod

Anika dimahkotakan Unduk Ngadau Tongod

Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tongod : Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu Anika Isty Norman, dimahkotakan sebagai ratu Unduk Ngadau, Pesta Kaamatan daerah Tongod yang berlangsung di Dewan Terbuka Dataran Tongod, di sini semalam.

Gadis berusia 23 tahun yang menuntut dalam jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi itu turut memenangi anugerah Miss Tradisi, sekaligus menewaskan tujuh penalis di peringkat akhir.

Naib johan disandang oleh Hanelda Veda Leprus, 25, manakala kakitangan Pejabat Daerah Tongod, Linda Kinoton, 27, menduduki tempat ketiga.

Sementara, anugerah Miss Like FB dan anugerah Miss Favourite masing-masing dimenangi oleh Jeviana Marcos dan Henelda Veda Leprus.

Ratu Kaamatan Tongod dimahkotakan oleh isteri Wakil Rakyat Kuamut, Datin Grace Elvira E. Ebin dan seterusnya menyampaikan hadiah berupa wang tunai, trofi, pakej pelancongan, barangan elektrik dan sijil kepada para pemenang.

Anika Isty akan mewakili daerah Tongod dalam saingan jelitawan Unduk Ngadau peringkat Negeri yang akan berlangsung pada hari kemuncak Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, Penampang pada 30 hingga 31 Mei depan.

Perayaan Pesta Kaamatan Tongod dirasmikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib yang kemudianya menyampaikan bantuan ehsan kepada 60 pasangan pengantin di daerah itu bersama Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Bantuan RM1,000 kepada setiap pasangan pangantin itu merupakan sebahagian daripada manifesto Wakil Rakyat Kuamut yang diperkenalkan sejak 2018. – SABAH MEDIA / PIX FB Pesta Kaamatan Daerah Tongod

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular