HomeIsu tempatan4,722 Orang Mangsa Banjir Di Tempatkan Di 38 PPS

4,722 Orang Mangsa Banjir Di Tempatkan Di 38 PPS

Read Time:31 Second

Jumlah mangsa banjir di Sabah mencecah 4,722 orang membabitkan daerah Tenom dan Beaufort.

Setakat jam 8 pagi tadi, 1,317 keluarga kini berada di 38 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata jumlah dipindahkan ke PPS terus meningkat berbanding 2,599 orang petang semalam.

Tenom kekal daerah tertinggi mencatatkan penduduk terjejas banjir iaitu seramai 4,147 orang daripada 1,169 keluarga yang kini ditempatkan di 35 PPS.

Seramai 575 mangsa membabitkan 148 ketua isi rumah direkodkan di Beaufort membabitkan tiga PPS.

Jurucakap APM memaklumkan pihaknya bersama agensi keselamatan lain sentiasa bersiapsiaga berikutan cuaca masih tidak menentu ketika ini.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular