HomeIsu tempatanPRESBAH Sokong Kerajaan Negeri Minta Kelulusan Dibenarkan Beli Vaksin Dari Pharmaniaga

PRESBAH Sokong Kerajaan Negeri Minta Kelulusan Dibenarkan Beli Vaksin Dari Pharmaniaga

Read Time:56 Second

kota Kinabalu -Pertubuhan Rumpun Etnik Sabah (presbah) menyokong hasrat kerajaan negeri sabah untuk meminta kelulusan kerajaan persekutuan agar sabah diberi kebenaran membeli vaksin dari pharmaniaga.

Presiden presbah, Yahya Ahmad berkata permohonan khusus kepada menteri penyalaras program imunisasi covid-19 kebangsaan (pick) khairy jamaludin selaku ini wajar dipertimbangkan.

“kita harus ada kesepakatan dalam mengurus isu pemberian suntikan vaksin ini secara bijak jika benar niat kita ingin menjaga kesihatan rakyat.” Katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Katanya walaupun usaha kerajaan mengurus program imunisasi melalui aplikasi mysejahtera itu sudah dikira sistemetik namun dari sudut pengurusan menghala jaringan efektif masih dikira lemah.

“Sebab itu peratusan vaksinasi di sabah masih rendah. realitinya, kita harus membuka perbincangan harmoni dan mendengar semua saranan pelbagai pihak disetiap negeri yang dikira munasabah…

“rakyat di luar bandar dan di pedalaman sabah khususnya ramai belum dapat suntikan meskipun begitu ramai yang sudah mendaftar,” kata beliau.

yahya berpendapat bahawa pengamatan dibawah lebih tajam dan faham pada isu tempatan.

“keberkesanan pengurusan atasasn sekadar menurunkan niat baik program kerajaan…

“pilihan kita sekarang adalah menerima isu kelemahan ini dan berusaha memperkasa strategi pemberian vaksin bagi ianya segera dipertingkatkan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular