HomeUtamaMangsa Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Dalam Kenangan

Mangsa Gempa Bumi Di Gunung Kinabalu Dalam Kenangan

Read Time:1 Minute, 43 Second

5 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU:  Satu program webinar telah diadakan sempena memperingati mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang mengorbankan 14 pendaki dan 4 malim gunung pada 5 Jun 2015 , berlangsung di Kiau View, di Taman Kinabalu, sebentar tadi.

Upacara berlangsung kira-kira jam 9 pagi di hadapan monumen yang menempatkan 14 nama pendaki dan 4 malim gunung yang terkorban itu, dapat ditonton secara langsung oleh seluruh masyarakat menerusi media sosial rasmi Taman-Taman Sabah seperti facebook, zoom dan youtube.

Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar

Timbalan Pengerusi Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar dalam ucapan perasmiannya, ” adalah mustahil penganjuran secara fizikal atau bersemuka untuk membuat simulasi “Mencari dan Menyelamat” (SAR) oleh anggota keselamatan di Gunung Kinabalu sempena ulangtahun memperingati mangsa gempa bumi pada tahun ini disebabkan pandemik covid-19 yang melanda negara kita ini”.

“Namun, bencana tersebut memberi peringatan kepada kita bahawa kejadian gempa bumi tidak dapat diramal dan di mana ia berlaku,” ujarnya.

Katanya, “walaupun kita memiliki teknologi yang canggih berbeza dengan bencana lain seperti ribut taufan dan letusan gunung berapi yang boleh diramal atau mempunyai tanda-tanda sebelum ia berlaku namun gempa bumi masih menjadi persoalan yang tidak terungkai sehingga sekarang”.

Jesteru itu, kita perlu bersiap sedia terutama pasukan yang terlibat secara langsung dalam operasi-operasi penyelamatan.

“Persiapan bukan setakat memiliki kelengkapan dan peralatan yang canggih dan mencukupi tetapi paling penting adalah persediaan dari segi fizikal, mental serta koordinasi yang mantap dikalangan agensi-agensi yang terlibat”, tambahnya.

Terdahulu, upacara dimulai dengan lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan bertafakur kira-kira seminit, sebelum meletakkan jambangan bunga di hadapan monumen berkenaan dengan kehadiran beberapa pegawai taman, jabatan dan agensi penyelamatan kerajaan negeri dan persekutuan Malaysia serta media mengikut prosedur operasi standard (SOP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Seterusnya, jambangan bunga diletakkan oleh beberapa pegawai kerajaan dan ahli serta wakil keluarga meletakkan bunga ros di monumen itu.

Dalam kejadian 5 Jun 2015,  satu gempa bumi 6.0 magnitud mengorbankan 18 nyawa membabitkan 10 warga Singapura, Malaysia (enam) dan masing-masing satu mangsa dari China serta Jepun.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular