HomeIsu tempatanPBRS Berharap Ahli Dewan Rakyat,Negara Bahas Ordinan-Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara...

PBRS Berharap Ahli Dewan Rakyat,Negara Bahas Ordinan-Ordinan Darurat Dan Pelan Pemulihan Negara Apabila Parlimen Bersidang

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.

Timbalan Presiden PBRS Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, keputusan itu membuktikan Baginda mengutamakan Prinsip Keluhuran Perlembagaan.

“Ia juga adalah selari dengan hasrat memelihara peranan ‘legislative oversight’ semak dan imbang yang dimainkan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara.

“Saya berharap persidangan Parlimen yang akan datang akan digunakan sepenuhnya untuk membolehkan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara,”katanya dalam kenyataan disini, malam ini.

Arthur berkata, ia juga selaras dengan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya tumpuan perlu diberikan kepada usaha-usaha menangani COVID-19 dan bukannya untuk agenda politik yang boleh mengheret negara ke dalam krisis.

Beliau turut menghargai keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap segala isu dan pendirian parti yang dipersembahkan ketika sesi menghadap pada 14 Jun 2021 yang lalu.

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya turut menjelaskan tentang keadaan ekonomi semasa dan kesan pandemik COVID-19 yang dihadapi oleh rakyat di kawasan luar bandar khususnya di Sabah.

“Proses vaksinasi yang agak perlahan juga amat membimbangkan khususnya bagi kawasan pedalaman Sabah yang kurang akses kepada pembangunan infrastruktur dan komunikasi,”katanya.

Sementara itu, Arthur berkata, sehingga 16 Jun lalu, penerima vaksin di seluruh Sabah adalah berjumlah 282,798 orang, manakala bagi Zon Pedalaman Sabah pula adalah sebanyak 25,619 orang.

Katanya, ini menunjukkan kadar vaksinasi hanya 10.25% daripada populasi Sabah dan antara yang terendah.

“PBRS juga turut mempersembahkan pendirian berkenaan dengan keperluan untuk Darurat tidak diteruskan selepas 1 Ogos 2021.

“PBRS mendokong dan memandang serius saranan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan keperluan untuk memastikan kestabilan politik supaya kerajaan dapat berfungsi dengan lebih berkesan dalam menangani COVID-19 dan memulihkan semula ekonomi negara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular