HomeUtamaSetuju DUN Sabah Bersidang Semula - Bung Moktar

Setuju DUN Sabah Bersidang Semula – Bung Moktar

Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin bersetuju agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka semula agar persidangan dapat dilaksanakn sejajar dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan  Abdullah Ri’ayattuddin Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan membuka sidang Parlimen di peringkat Persekutuan.

Katanya, beliau yakin perkara ini dalam perhatian serta pertimbangan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor bagi mengadakan persidangan DUN dalam tempoh terdekat ini.

“Kerajaan GRS sentiasa mengalu-alukan pandangan kerajaan dan pembangkang dalam mendepani cabaran COVID-19 dan lain-lain isu rakyat termasuklah soal pembangunan, ekonomi dan kesejahteraan rakyat  yang terjejas ekoran penularan COVID-19 di Sabah.

“Saya bersetuju agar sidang DUN Sabah diadakan bagi memberikan peluang dan ruang kepada ahli-ahli yang berhormat berbincang dan membahaskan pelbagai isu terutama dalam usaha menangani penularan COVID-19 di Sabah namun ia perlu dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,”katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan media Ahli Dewan Undangan negeri kawasan Luyang Phoong Jin Zhe yang meminta kerajaan negeri mengadakan persidangan DUN Sabah.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, kerajaan GRS merupakan kerajaan yang toleran bersedia menerima pandangan dari semua pihak termasuk pembangkang.

“ Persidangan ini penting memandangkan negara termasuk di Sabah  kita berhadapan dengan situasi yang mencabar  berkaitan pandemik COVID-19 serta masalah ekonomi yang terjejas ketika ini.

“Sudah tentu persidangan DUN nanti akan memberikan peluang kepada semua wakil rakyat membahaskan isu-isu yang berkaitan kepentingan rakyat  dengan mengenepikan idelologi politik  bagi mencari jalan keluar dari krisis yang dihadapi oleh negara dan rakyat ketika ini,”katanya.

Untuk rekod persidangan terakhir DUN Sabah telah diadakan pada bulan Disember tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan persidangan DUN pada bila-bila masa.

Katanya, persidangan DUN Sabah itu akan diadakan sekiranya keadaan mengizinkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular