HomeUtamaPICK: Kefahaman Rakyat Terhadap Pentingnya Terima Vaksin COVID-19 Amat Menggalakkan

PICK: Kefahaman Rakyat Terhadap Pentingnya Terima Vaksin COVID-19 Amat Menggalakkan

Read Time:1 Minute, 34 Second

TAMPARULI : Kesedaran masyarakat khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini mengenai kepentingan bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menunjukkan peningkatan yang menggalakkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, meskipun berdepan pelbagai cabaran pada awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) lalu namun ia menampakkan hasil yang membanggakan.

“Pada peringkat awal, pelbagai tekanan dan cabaran kita hadapi dalam memberi kefahaman kepada penduduk dan setelah kempen demi kempen yang dilaksanakan, akhirnya kesedaran penduduk mengenai keperluan menerima vaksin amat tinggi.

“Pada peringkat sekarang, kesediaan kita adalah memberi khidmat bagi memberi suntikan pada setiap masa yang diperlukan terutama melalui Program Jangkauan Luar di seluruh Sabah,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Jangkauan Luar Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (C.I.T.F)  di Kampung Bunga Tenghilan Tamparuli disini pagi tadi.

Hadir sama, Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussain, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran, Dr Noraziah Bakri, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitenden Polis Hamizi Halim dan Pegawai Penerangan Daerah Tuaran, Malina Jamarin.

Jahid berkata, semangat penduduk bagi mendapatkan suntikan vaksin lebih tinggi melebihi jumlah bekalan vaksin yang diterima di negeri ini.

Katanya, kehadiran penduduk untuk hadir ke program itu sangat baik dan berharap agar bekalan vaksin dapat dibekalkan dengan segera.

“Kabinet Sabah telah diberi makluman mengenai bekalan vaksin ke negeri ini yang akan datang secara berperingkat dan jika berjalan lancar, sasaran untuk mencapai imuniti kelompok akan dapat dicapai dengan lebih cepat,”katanya.

Terdahulu, sasaran bagi program yang berlangsung selama dua hari itu ialah seramai 1,900 orang didaftar untuk menerima suntikan vaksin dos pertama yang melibatkan 52 kampung.

Jahid berkata, sehingga kini daerah itu merekodkan pencapaian 12.8 peratus lengkap dua dos berdasarkan jumlah penduduk berumur 18 tahun ke atas dan yang telah mendaftar di MySejahtera sebanyak 54 peratus daripada 84,200 populasi penduduk.

Katanya, program-program seumpama akan diteruskan agar sasaran rakyat mendapatkan vaksin terus meningkat serta tiada yang tercicir menerima suntikan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular