HomeUtamaPICK : Sambutan Rakyat Terima Vaksin Terus Meningkat Menerusi Program 'Outreach'

PICK : Sambutan Rakyat Terima Vaksin Terus Meningkat Menerusi Program ‘Outreach’

Read Time:1 Minute, 52 Second

TENOM : Seramai 1,400 penduduk melibatkan 20 buah kampung dari Mukim Saga menerima suntikan vaksin dos pertama Sinovac.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Masnah Matsalleh berkata, sambutan penduduk untuk menerima vaksin Covid-19 didapati semakin meningkat dan perkembangan positif tersebut amat penting dalam usaha menyekat penularan pandemik yang telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia.

“Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan program outreach ini dan kita lihat sambutan daripada penduduk daerah ini amat menggalakkan.

“Kita jangkakan jumlah penduduk yang divaksin hari ini mungkin lebih ramai lagi,” jelasnya kepada media dalam Program Outreach Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) di Dewan Terbuka Kampung Saga, pada Sabtu.

Beliau yang mengadakan lawatan di sekitar lokasi program, memaklumkan, program Outreach CITF di setiap daerah akan dilaksanakan lebih kerap untuk memudahkan serta membantu penduduk mendapatkan vaksin Covid-19 lebih cepat.

Tambah beliau, statistik pendaftaran vaksin Covid-19 di Sabah setakat Jumaat dengan 33.1 peratus juga telah  menunjukkan peningkatan melalui program hebahan, promosi dan kempen yang dilakukan. 

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Nadzerah Abdullah, Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah,  Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, Pegawai Daerah, Sungkim Rumangun dan Pegawai Kesihatan Daerah Tenom, Dr. Francesca Primus Chew.

Sementara itu, Sapin Sakun, 61, pesara kerajaan yang dari Kampung Saga Laut menyatakan rasa lega selepas menerima suntikan vaksin dos pertama setelah menunggu giliran selepas mendaftar.

“Saya membuat persediaan yang cukup sebelum menerima vaksin hari ini dengan tidur yang cukup, minum air yang banyak dan bersarapan seperti yang disarankan.

“Saya bersyukur dengan adanya program seperti ini proses vaksin dapat berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Turut menerima suntikan vaksin itu, Ramlah Ng Bungiat, 68, berasal dari Kampung Pallsabrang yakin program vaksinasi yang dilaksanakan itu diterima baik oleh semua penduduk.

“Jangan takut untuk mendapatkan suntikan vaksin kerana dapat melindungi diri dan keluarga.

“Saya yakin penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan dengan adanya vaksin,” dedahkan selepas menerima suntikan vaksin./PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Utama

ADUN Kiulu wujud Tabung Keusahawanan & Kepimpinan Belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular