HomeIsu tempatan'Vaksinasi bergerak' mampu bantu capai sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman

‘Vaksinasi bergerak’ mampu bantu capai sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman

Read Time:46 Second

SIPITANG: Pendekatan ‘turun padang’ dengan perkhidmatan vaksinasi bergerak ke kawasan pedalaman dilihat semakin efisien dalam memastikan sasaran komuniti kelompok di daerah ini berjaya dicapai.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Sani Miasin berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kini bertungkus lumus melaksanakan inisiatif tersebut.

“Kesanggupan petugas KKM yang membuat suntikan rumah ke rumah penduduk kampung terutamanya yang tidak dapat hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) amatlah dihargai.

“Ini disebabkan terdapat isu beberapa penduduk kampung kerana masalah kesihatan, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Usaha sebegini bukan sahaja dapat memastikan sasaran komuniti kelompok di kawasan pedalaman berjaya dicapai, ia sekaligus dapat mengatasi penularan pandemik di daerah Sipitang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai rombongan KKM bagi proses vaksinasi di Kampung Meligan, Sipitang, semalam.

Untuk rekod, kawasan perkampungan itu terletak kira-kira 100 kilometer dari Pekan Sipitang dan mempunyai lebih 1,000 orang penduduk.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular