HomeUtamaKelewatan bekalan vaksin ke Sabah berpunca dari pembekal lambat sampai ke negara...

Kelewatan bekalan vaksin ke Sabah berpunca dari pembekal lambat sampai ke negara ini – Hajiji

Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharap Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kesihatan akan membekalkan jumlah vaksin yang lebih banyak ke negeri ini, bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk akan menerima vaksin menjelang bulan Oktober ini.

“Kita memang mahu mendapatkan lebih banyak bekalan vaksin dan berharap kerajaan dapat berbuat demikian.

“Justeru, kita berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan vaksin ke negeri ini dengan lebih banyak kerana Sabah antara yang terendah dan kita tidak menerima banyak (bekalan vaksin) daripada kerajaan,” katanya.

Hajiji bagaimanapun berkata kerajaan akan mula menghantar vaksin ke Sabah mulai minggu ini dan kelewatan itu juga berpunca daripada pembekal yang lambat sampai ke negara ini.

“Memang ada sedikit kelewatan tetapi Kementerian Kesihatan sudah menjadualkan semula penghantaran vaksin ke negeri ini,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular