HomeIsu tempatanDBKK Tutup Sementara Kaunter Pembayaran Utama, Pelesenan & Penilaian

DBKK Tutup Sementara Kaunter Pembayaran Utama, Pelesenan & Penilaian

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menutup sementara kaunter pembayaran utama, pelesenan dan penilaian.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Noorliza Awang Alip dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan menutup sementara Kaunter Pembayaran Utama, termasuk Kaunter Pelesenan dan Kaunter Penilaian, Tingkat Bawah, Bangunan Ibu Pejabat DBKK bermula 6 Ogos sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Namun katanya, pembayaran masih boleh dilakukan di Kaunter Pembayaran DBKK, Tingkat 6, Menara UTC atau secara ‘online’ dengan melayari web.

Pelanggan boleh melayari E-Services DBKK (Cukai Kadaran / Kompaun / Lesen DBKK) https://eservices.dbkk.sabah.gov.my . DBKK e-cukai (Cukai Kadaran Sahaja ) dengan muat turun aplikasi melalui Playstore / Appstore.

Pelanggar juga boleh melayari Sabah Pay (Cukai Kadaran / Kompaun ) dengan muat turun aplikasi melalui Playstore / Appstore serta Jompay (Cukai Kadaran Sahaja ) Biller code : 56739.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular