HomeSukanMohd Azizulhasni Hidupkan Harapan Negara Untuk Raih Pingat Emas Olimpik

Mohd Azizulhasni Hidupkan Harapan Negara Untuk Raih Pingat Emas Olimpik

Read Time:54 Second

BERNAMA

TOKYO — Pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjaya menghidupkan peluang dan harapan untuk merangkul pingat emas negara pertama dalam Olimpik Tokyo hari ini di gelanggang Izu Velodrome di Shizuoka, di sini.

Bekas juara dunia berumur 33 tahun itu mengungguli acara keirin lelaki pusingan pertama – saringan tiga, untuk melangkah ke saingan suku akhir yang dijadualkan esok dengan penuh bergaya, tanpa perlu melalui repechage, seperti yang dilaluinya dalam acara pecut.

Bagaimanapun Mohd Azizulhasni menerima saingan sengit daripada lima lagi pelumba termasuk Nicholas Paul dari Trinidad and Tobago, yang menduduki tempat keempat dalam acara pecut.

Mohd Azizulhasni yang merangkul pingat gangsa dalam acara keirin pada Olimpik Rio 2016 kelihatan selesa semasa tiba di garis penamat, di hadapan Paul, manakala Patryk Rajkowski dari Poland di tempat ketiga.

Malaysia setakat ini hanya memenangi satu pingat gangsa melalui acara badminton, dan kini usaha kontinjen negara untuk mencapai matlamat utamanya memenangi pingat emas, berterusan sehingga hari terakhir Sukan Tokyo 2020 yang secara rasmi menutup tirainya esok.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Implikasi dan Cabaran Malaysia Sebagai Pasaran Pusat Data Ketiga Terbesar Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular