HomeUtamaTindakan Tegas Sebar Maklumat Palsu COVID-19 Di PPV

Tindakan Tegas Sebar Maklumat Palsu COVID-19 Di PPV

Read Time:1 Minute, 7 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit menyebar maklumat palsu mengenai pusat pemberian vaksin (PPV) Sabah International Convention Centre (SICC) dan PPV lain di negeri ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin berkata penularan maklumat palsu di media sosial, kononnya meminta orang ramai di PPV SICC di sini pada 31 Julai lalu, supaya segera menjalani saringan COVID-19, adalah serius.

Beliau berkata, perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai untuk datang mendapatkan suntikan vaksin di PPV SICC, sekali gus mengganggu usaha vaksinasi di PPV tersebut.

“JKNS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang agar perkara ini tidak berulang lagi…dakwaan ini tidak benar kerana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu tidak pernah mengeluarkan arahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rose Nani menasihatkan orang ramai yang mempunyai janji temu vaksinasi supaya tidak cemas dan bimbang kerana semua PPV adalah selamat dan Kementerian Kesihatan amat menitikberatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

“Semua petugas dan sukarelawan perlu memakai pelitup muka, penjarakan fizikal dijaga, kerap basuh tangan atau guna pensanitasi tangan adalah amalan para petugas di SICC… individu yang datang mendapatkan vaksin mesti memakai pelitup muka, suhu badan dipantau dan mengunakan pencuci tangan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular