HomeUtamaTindakan Pantas ESSCOM Berjaya Bantu Sekat Penularan Varian Delta

Tindakan Pantas ESSCOM Berjaya Bantu Sekat Penularan Varian Delta

Read Time:1 Minute, 9 Second

TAWAU (10 OGOS) – Tindakan pantas ESSCOM menguatkuasakan operasi bersepadu di jeti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Lama, dekat sini, di kala wilayah negara jiran berdepan dengan ancaman Covid-19 jenis ‘Varian Delta’, berjaya membuahkan hasil.


Operasi berkenaan yang dilancarkan 9 Julai lepas itu ternyata telah membantu mengetatkan lagi kawalan dan penguatkuasaan khususnya kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) dan aktiviti penyeludupan barang-barang kawalan ke negara ini melalui wilayah pantai timur Sabah.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata setakat ini seramai 17 PATI telah diarahkan untuk berpatah balik ke negara jiran kerana cuba memasuki negeri ini melalui CIQ lama, Tawau.

“Selain itu, kita juga menangkap dua orang atas kesalahan memlilki MyKad palsu dan pasport tamat tempoh,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan penguatkuasaan bersepadu di CIQ lama Tawau hari ini.

Menurut Ahmad Fuad berkata sepanjang tempoh pengoperasian, pihaknya telah melakukan pemeriksaan ke atas seramai 8,653 orang dan 1,013 kapal yang keluar masuk melalui CIQ tersebut.Katanya, pewujudan CIQ lama Tawau itu, antara lain, bertujuan menyekat dan memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 khususnya penemuan baharu ‘Varian Delta’ yang sangat membimbangkan.

Beliau berkata ia juga bermatlamat menyekat kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan.Turut hadir dalam tinjauan berkenaan Presiden Majlis Perbandaran Tawau Tuan Arnold Joibi, Timbalan Komander ESSCOM Brig. Jen Adnan Abu Hasan, Ketua Staf Operasi Darat ESSCOM SAC M.Chandra dan OCPD TAWAU ACP Peter Umbuas.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular