HomeUtamaPICK : Tepati Janji Temu Vaksinasi Bagi Elak Kesesakan Di PPV

PICK : Tepati Janji Temu Vaksinasi Bagi Elak Kesesakan Di PPV

Read Time:1 Minute, 24 Second

TAWAU: Penerima vaksin khusus di daerah ini yang menerima janji temu suntikan vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera diingatkan supaya sentiasa menepati masa yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran berkata, ia bagi mengelakkan berlaku kesesakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Sebelum ini pernah berlaku kesesakan di PPV sehingga memerlukan pengawasan pasukan polis dilokasi terlibat dan itu yang perlu kita elakkan.

“Pihak kami sudah mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, namun masalah ini terjadi disebabkan ada diantara penerima vaksin yang datang tidak ikut masa janji temu,” katanya.

Dalam pada itu, Navindran berkata, pihaknya merancang untuk membuka sebuah Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19 (PKRC) bagi pesakit berisiko rendah di Pulau Sebatik.

Katanya, rancangan itu dibuat memandang lokasi Pulau Sebatik jauh daripada PKRC yang ada di daerah ini.

“Lokasi yang akan dijadikan sebagai PKRC adalah di Sekolah Kebangsaan Bergosong dimana ia akan memudahkan penduduk yang positif risiko rendah mendapatkan rawatan di pulau itu.

“Mereka yang terlibat (pesakit) tidak lagi menaiki bot selama 30 minit untuk mendapatkan rawatan, sekali gus mengatasi kekangan logistik untuk mengambil pesakit ke tanah besar (Tawau),” katanya.

Katanya, terdapat lebih 100 kes positif dikesan di kawasan Pulau Sebatik dalam tempoh dua minggu lalu.

Tambahnya, punca kes COVID-19 melonjak naik di daerah ini adalah berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan kemasukan individu dari negara jiran.

“Kaum kerabat mereka dari negara jiran datang beraya di Sebatik dan ada warga asing yang berjaya meloloskan diri masuk ke daerah Tawau semasa perayaan Aidiladha lalu.

“Kita dapat kesan melalui pengakuan warga asing yang didapati positif itu sendiri mengaku masuk ke sini hanya membayar tambang pengangkutan bot sebanyak RM250,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

JUM bantu usahawan muda Membakut tahun depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular