HomeIsu tempatanKomitmen Dan Perpaduan Dikalangan Pemimpin GRS Perlu Terus Kukuh Demi Rakyat -...

Komitmen Dan Perpaduan Dikalangan Pemimpin GRS Perlu Terus Kukuh Demi Rakyat – Dr Nordin

Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Komitmen serta perpaduan dikalangan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu terus diperkukuhkan demi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini meskipun berlaku ‘perpecahan’ diperingkat Persekutuan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Nordin Sakke berkata, perebutan kuasa khususnya melibatkan pelantikan Perdana Menteri memerlukan kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan pemilihan jawatan itu.

“Sejak beberapa hari lalu, kita sedia maklum beberapa perkara telah berlaku di peringkat persekutuan dimana peletakan jawatan kabinet termasuk Perdana Menteri yang kini dipegang sementara oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita dapat lihat, ‘perpecahan’ dikalangan ahli politik Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) itu dilihat sebagai satu proses pemerkasaan politik selain perpaduan ummah,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Namun Dr Nordin yang juga Penyelidik, Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeoPES) berkata, perbalahan dan perpecahan yang berlaku itu tidak seharusnya berlaku ketika musim pandemik ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ketika pandemik, beliau berkata, ia bergantung kepada kesediaan kerajaan bagi melaksanakan dengan penuh prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ia termasuklah kesediaan rakyat bagi mematuhi SOP.

“Jika kita lihat sebelum ini iaitu melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) rakyat dilihat agak sukar untuk mengawal penjarakan sosial yang menjadi pencetus kepada banyak kluster baru COVID-19,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular