HomeIsu tempatanLima Kampung Terima Enjin Sangkut, Persediaan Hadapi Banjir

Lima Kampung Terima Enjin Sangkut, Persediaan Hadapi Banjir

Read Time:1 Minute, 17 Second

TAMPARULI: Sebanyak lima buah kampung di daerah ini menerima sumbangan enjin sangkut sebagai persediaan bagi menghadapi kemungkinan bencana banjir.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, enam buah enjin sangkut akan diberikan kepada kampung terlibat yang dilihat berpotensi dinaiki banjir kilat.

“Saya berharap dengan adanya kemudahan ini akan dapat dijaga dengan sebaik mungkin agar dapat digunakan untuk jangka masa yang lama.

“Buat perbincangan di kampung masing-masing sebaik mungkin agar orang yang diamanahkan untuk menjaganya boleh diharap dan dipercayai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis singkat penyerahan enjin bot sangkut itu di bawah bangunan Pejabat Perhubungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, disini semalam.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Jilias Lintar dan Ahli Majlis Daerah Tuaran Ronnie Soon.

Jahid yang juga ADUN Tamparuli berkata, enjin sangkut itu hanyalah untuk tujuan respon pertama (first response), seperti membantu mengagihkan keperluan makanan kepada penduduk yang memerlukan.

“Ini bukan untuk digunakan untuk operasi menyelamat, tetapi hanya untuk menghantar bantuan, kecuali bagi mereka yang sudah terlatih,” katanya.

Katanya yang turut merakamkan penghargaan terima kasih atas keprihatinan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang hadir atas inisiatif tersebut dan menyatakan simpati beliau kepada mangsa banjir, lebih-lebih lagi pada waktu pandemik COVID-19 ini.

“Bersama kita doakan agar cuaca bertambah baik, dan semoga tiada lagi mangsa banjir di Sabah, khususnya di kawasan Tamparuli,” katanya.

Antara kampung yang menerima sumbangan kemudahan itu ialah Sungai Damit (menerima dua buah enjin sangkut); Kampung Bunga Tenghilan; Suang Bangau Tenghilan; Kauluan dan Lontik Maralamin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Teknologi membran selesai masalah pelbagai sektor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular