HomeUtamaBung Sumbang Test Kit COVID-19 RTK Kepada Kakitangan KKRS

Bung Sumbang Test Kit COVID-19 RTK Kepada Kakitangan KKRS

Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Dato’ Sri Bung Moktar Radin menyampaikan sumbangan “Test Kit” COVID-19 RTK kepada jabatan dan agensi di bawah kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) bagi memastikan kesihatan kakitangan di kementerian tersebut bebas dari jangkitan virus COVID-19.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, mengambil insiatif dengan pemberian sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada kakitangan jabatan terlibat membuat ujian saringan sendiri dari jangkitan virus COVID-19 sebelum mereka memasuki dan memulakan tugas di pejabat.

“ Sumbangan ini untuk memberikan kemudahan kepada kakitangan membuat ujian saringan sendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan mereka sihat dan bebas dari jangkitan virus COVID-19 sebelum mereka hadir dan menjalankan tugas di pejabat” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbang tersebut di pejabat beliau kemarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury ,Setiausaha Tetap KKRS Mohd Jasmin Juplin dan ketua ketua jabatan dibawah KKRS.

Menurut Bung, melalui ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh kakitangan yang terlibat turut memberikan keyakinan mereka bebas dari jangkitan virus COVID-19 untuk melaksanakan tugas disamping dapat meningkatkan kehadiran kakitangan ke pejabat untuk bertugas semasa pandemik ini.

“ Jika sebelum ini kita menggalakkan kakitangan dalam 30 peratus hadir ke pejabat berkerja secara bergilir-gilir, mungkin selepas melakukan ujian sendiri , jumlah kehadiran kakitangan dapat kita tingkatkan bagi menggalakkan produktiviti tugas-tugas seharian di pejabat ” tambah Bung.

Ketika ditanya mengenai kadar pemberian Vaksin COVID-19 di negeri ini yang masih rendah berbanding di lain-lain negeri , Bung yakin menjelang akhir bulan september ini kadar pemberian vaksinasi di negeri ini akan mencapai lebih dari sasaran 60 peratus.

Katanya, keyakinan ini berdasarkan kesungguhan kerajaan pusat khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberikan tumpuan khusus bagi membantu Sabah mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini yang semakin meningkat selain bantuan untuk menambah kemudahan kesihatan di beberapa buah hospital di negeri ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semasa sidang media ketika lawatannya ke Sabah pada Rabu ,telah mengumumkan penghantaran 2.8 juta dos vaksin pada bulan ini ke Sabah bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar vaksinasi harian.

Selain itu Khairy turut memaklumkan penghantaran peralatan perubatan tambahan ke Sabah antaranya adalah 480 unit silinder oksigen, 24 buah kotak ‘oxygen regulator, lima buah kotak ubat-ubatan COVID-19 dan penghantaran peralatan perubatan tambahan ini dijangka tiba pada 7 September ini.

Bung juga turut bersetuju agar kaedah pemberian vaksin secara ‘mobile outreach program’ diperbanyakkan di negeri ini berdasarkan faktor geografi di mana kebanyakan penduduk khususnya di luar bandar dan pedalaman sukar keluar untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) disebabkan faktor perhubungan kawasan yang kurang baik.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular