HomeEkonomi((VIDEO))Kerajaan Terus Sokong Ekonomi Gig Dalam RMK12

((VIDEO))Kerajaan Terus Sokong Ekonomi Gig Dalam RMK12

Read Time:1 Minute, 19 Second

PUTRAJAYA : Kerajaan akan terus menggalakkan perkembangan sektor ekonomi gig di negara ini khususnya dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berdasarkan kajian oleh Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC), kira-kira 650,000 rakyat Malaysia terbabit dalam sektor tersebut setakat akhir tahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan akui industri ini sangat pesat berkembang dan sudah pasti memberi pelbagai peluang kepada rakyat terutama anak muda.

“Bagaimanapun, kerajaan dan pelbagai pihak perlu memastikan ekonomi gig ini dijalankan dalam ekosistem yang memudahkan operasi mereka.

“Jika banyak kawalan, ia dikhuatiri membantutkan perkembangan ekonomi gig itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Program Pemberian Bakul Makanan kepada pekerja gig-ekonomi dan bekas petugas media sumbangan MyCar, di sini hari ini.

Katanya, pada masa sama, ekosistem ekonomi gig juga perlu mengimbangi dan melindungi kepentingan pengguna.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, selagi tiada kebenaran rentas negeri dan antarabangsa, ekonomi negara tidak akan pulih sepenuhnya.

Menurutnya, biarpun beberapa sektor ekonomi sudah dibuka dan berlaku peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi negeri-negeri, tetapi  ekonomi negara akan mengambil masa untuk berkembang seperti diharapkan.

Sementara itu, Pengasas MyCar Mohd Noah Maideen berkata, MyCar memperuntukkan 1,000 Bakul Makanan untuk diagihkan kepada pemandu e-hailing yang terjejas di seluruh negara secara berperingkat.

“Ia membabitkan sumbangan kira-kira 400 Bakul Makanan di Lembah Klang dan selebihnya di seluruh negara,” katanya.

Katanya, ketika ini, pihaknya hanya mengambil komisen tambang sebanyak lima peratus daripada pemandu MyCar iaitu tawaran paling rendah dalam negara. -Utusan Online

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular