HomeUtamaVaksinasi Remaja Di Kampung DUN Kundasang Bermula Sabtu

Vaksinasi Remaja Di Kampung DUN Kundasang Bermula Sabtu

Read Time:1 Minute, 39 Second

RANAU: Program vaksinasi remaja, bagi mereka yang berusia antara 12 dan 17 tahun, akan dilaksanakan di kampung-kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang bermula esok (18 Sept).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, kampung yang terlibat ialah Kg. Tumbalang, Kg. Merungin 1, Pinampadan, Kg. Debut, Kg. Kembiroi, Kg. Daramakan, Kg. Tarawas, Kg. Pinawantai, Kg. Togop Darat, Kg. Tinutuan, Kg. Tibabar, Kg. Nawanon, Kg. Pugi, Kg Kantas, Kg. Kieyep, Kg. Lobou Lama, Kg. Lobou Baru dan Merungin 2.

Menurut beliau, pemberian vaksin ini akan berlangsung sehingga 24 September, dan bermula jam 8.30am sehingga 3.00pm.

Ia akan melibatkan pemberian vaksin sebanyak 400 dos sehari, katanya, sambil memuji komitmen yang ditunjukkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) berkenaan dalam membantu menjayakan program tersebut.

“Saya berterima kasih kepada semua JPKK yang diketuai oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani yang seringkali memberikan info terkini dan memastikan semua JPKK menjalankan tugas masing-masing.

“Anak yang menerima vaksin haruslah ditemani oleh ibubapa atau penjaga semasa proses suntikan vaksin, dan mereka hendaklah membawa kad pengenalan masing-masing,” kata Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dalam kenyataan medianya hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Joachim juga menghargai dan berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh Pejabat Daerah Ranau, Jabatan Penerangan dan Jabatan Kesihatan dalam menjayakan program vaksinasi ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dalam kenyataannya pada 15 Sept mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri memutuskan untuk membenarkan vaksinasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun bermula kelmarin (16 Sept).

Katanya, ia selaras dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan sebanyak mungkin remaja dalam kumpulan berisiko tinggi untuk diberi vaksin.

Ini juga berikutan pembukaan semula sekolah yang dijangka bermula pada 3 Oktober.

Pemberian vaksin kepada remaja berumur 12-17 tahun secara walk-in telah pun bermula di Dewan Masyarakat Ranau, Ranau, kelmarin dan akan berterusan pada setiap hari.

“Diharap Daerah Ranau akan mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera untuk kebaikan semua anggota masyarakat,” ujar Dr. Joachim.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular