HomeIsu tempatanAPM Tangkap Buaya Seberat 700kg Di Kg Nagapas Papar

APM Tangkap Buaya Seberat 700kg Di Kg Nagapas Papar

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Papar telah berjaya menangkap seekor buaya seberat 700 kilogram, 16 kaki panjang di parit Kg Nagapas dekat sini, malam tadi.

Jurucakap APM dalam kenyataan medianya menyatakan, pihaknya menerima panggilan kecemasan oleh seorang pengadu Nicole Glorie pada jam 7.38 malam (20 September 2021) dan sepasukan anggota APM telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukannya menemui seekor buaya seberat 700 kilogram, 16 kaki panjang masih berada dalam parit berdekatan dengan kawasan perumahan penduduk di Kg Nagapas,” kata kenyataan itu.

Pengadu Nicole Glorie, 20, ketika dihubungi Sabah Media memberitahu bahawa buaya tersebut tular di media sosial baru-baru ini, kini berada di dalam parit kira-kira sejauh tiga meter berdekatan dengan rumahnya dan dia segera bertindak menghubungi pihak APM pada malam Isnin.

“Penduduk kampung telah melihat buaya tersebut berada dalam parit di kawasan itu sejak enam hari yang lalu tetapi hilang dan tiba-tiba muncul semula semalam dekat parit rumah saya, buaya itu tidak dapat bergerak mungkin air dalam parit tersebut cetek hanya sedalam setengah meter, jadi saya terus menghubungi pihak APM untuk mendapatkan bantuan supaya menangkap buaya tersebut,” kata Nicole yang bekerja sebagai Pembantu Klinik di salah sebuah klinik di Benoni, Papar.

Hasil dari laporan Nicole, pasukan APM dibantu oleh penduduk kampung berjaya menangkap buaya tersebut pada jam 9.05 malam, pada hari yang sama.

Manakala pihak polis daerah Papar juga turut membantu mengawal keberadaan orang awam serta keselamatan lalu lintas.

Seterusnya pihak APM menyerahkan buaya tersebut kepada pihak Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular