HomeUtamaPICK : Individu Belum Lengkap Vaksinasi Perlu Hadir Ke PPV Ikut Janji...

PICK : Individu Belum Lengkap Vaksinasi Perlu Hadir Ke PPV Ikut Janji Temu Ditetapkan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU : Individu yang belum melengkapkan vaksinasi COVID-19 diingatkan untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut janji temu yang ditetapkan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, ia perlu bagi memastikan penerima vaksin mendapat kesan imunisasi yang optima dalam badan seorang individu.

“Kepada penerima mahupun individu yang telah menerima vaksin COVID-19 bagi dos pertama sebelum ini diminta untuk tidak mengabaikan pengambilan bagi dos kedua setelah tiba tempoh tiga minggu khususnya bagi vaksin Sinovac dan Pfizer.

“Ini amat penting bagi mendapatkan kesan imunisasi yang optima didalam badan kita, justeru itu, penerima perlu hadir ke PPV mengikut janji temu yang ditetapkan,” katanya kepada Sabah Media disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita dimana kira-kira 10,000 penduduk sekitar Sandakan tidak hadir semula ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin dos kedua.

Semalam, Pegawai Kesihatan Sandakan Dr Johari Awang Besar berkata, jumlah itu dilihat sebagai satu jumlah yang besar dimana daerah itu merekodkan 42 peratus daripada 363,000 penduduk sudah menerima dua dos vaksin.

Namun katanya terdapat tiga peratus daripada jumlah keseluruhan itu tidak hadir semula untuk suntikan kedua.

“Setakat ini jumlah pemberian vaksin dua dos lengkap sebanyak 42 peratus. Bagi dos pertama pula sebanyak 56 peratus.

“Namun, terdapat tiga peratus atau kira-kira 10,000 orang yang sudah menerima dos pertama tidak datang semula untuk mendapatkan suntikan dos kedua.

“Mana pergi 10,000 orang ini? Jadi saya minta 10,000 orang yang tertinggal dos dua ini mungkin sebab bercuti, demam, sakitkah, sibuk, jangan tunggu lama-lamalah, jangan sampai berbulan, tak bagus, ambil secepat mungkin” katanya dalam satu sidang media di Sandakan semalam.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular