HomeUtamaDUN Sabah : Rentas Zon Akan Dilaksanakan Semula Di Sabah

DUN Sabah : Rentas Zon Akan Dilaksanakan Semula Di Sabah

Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Sistem rentas daerah mengikut enam zon di Sabah akan dilaksanakan semula dalam masa terdekat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pelaksanaan sistem ini sejajar dengan kadar vaksinasi yang telah mencapai 60 peratus penduduk dewasa lengkap menerima vaksin COVID-19.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS). Kami telah sepakat untuk melaksanakan liberalisasi secara terkawal dan berperingkat.

“Untuk masa yang terdekat ini, oleh kerana kita telah mencapai tahap vaksinasi 60 peratus  populasi dewasa, kita akan kembali kepada sistem zon yang dibahagikan kepada enam zon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Masidi berkata, penduduk di sesuatu zon bebas merentas daerah dalam zon yang sama, kecuali dari atau ke daerah yang belum mencapai tahap vaksinasi 60 peratus penduduk dewasanya.

“Saya juga telah mencadangkan agar kebenaran rentas daerah seluruh Sabah akan dibenarkan selepas tahap vaksinasi mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Setiap keputusan akan dibuat berdasarkan analisis terhadap data dan situasi semasa,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

1 COMMENT

  1. Sokong kenyataan DS Masidi Manjun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah selaku Penyelaras Covid negari Sabah..Langkah mengurung rakyat x lagi releven masa ini..Sebaliknya langkah yg afektif termasuklah mencari ubat/penawar Covid ini selain daripada Vaksin adalah sangat sesuai utk menangani Covid 19 ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular