HomeUtamaPDRM Dedah Kad Pelarian Sajat

PDRM Dedah Kad Pelarian Sajat

Read Time:1 Minute, 54 Second

Gombak: Bukit Aman hari ini mengedarkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dipegang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat selepas didedahkan akhbar sejak Isnin lalu.

selain itu, gambar Nur Sajat ketika disoal siasat pihak Imigresen Thailand ketika ditahan pada 8 September lalu di kondominium di Bangkok turut diedarkan lapor portal Harian Metro hari ini.

memetik laporan portal itu lagi, kad pelarian Nur Sajat bernombor 815-21C00071 itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Laporan itu menyebut Nur Sajat sedang dibantu negara tertentu dan pertubuhan antarabangsa termasuk UNHCR di Bangkok dan Malaysia untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia. 

Skuad Khas Portal itu juga turut mendedahkan, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi disebabkan proses Nur Sajat mendapatkannya dalam masa singkat berbanding pelarian lain.

Malah, UNHCR di Malaysia juga pernah dilanda kontroversi kerana dilaporkan menjual kad pelarian itu hanya dengan harga RM120 pada 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak Imigresen sudah membatalkan pemilikan pasport antarabangsa Nur Sajat yang mana selepas itu dia turut memohon kad UNHCHR di Bangkok.

Menurutnya, dalam proses permohonan itu akhirnya beliau mendapat status pelarian terbabit.

“Beliau (Nur Sajat) kini sedang menunggu tawaran pihak negara ketiga bagi membantunya berpindah ke negara terbabit.

“Nur Sajat juga menukar nama samarannya kepada Bella namun dirinya tetap orang yang sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.

Kenyataan Abd Jalil itu sekali gus mengesahkan laporan bersiri secara eksklusif portal berkenaan sejak disiarkan Isnin lalu.

Dalam perkembangan sama, Abd Jalil berkata, kes Nur Sajat ini kecil saja membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan polis iaitu menghalang penjawat awam, sebab itu beliau dinasihatkan pulang.

“Polis akan meneruskan proses membawa pulang Sajat kerana Malaysia dan Thailand terikat dengan triti yang membolehkan proses untuk membawa pulang orang yang dikehendaki atau penjenayah buruan dilaksanakan.

“Permohonan ini akan dibuat dalam tempoh masa terdekat namun bergantung kepada negara berkenaan sama ada akan memenuhi permintaan kita atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, keluarga Nur Sajat juga diharap dapat membantu menasihatkannya supaya pulang ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan di mahkamah syariah yang tidak seberat mana.

“Kita yakin keluarga boleh bantu menasihatkannya untuk pulang ke negara ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular