HomePolitikSTAR Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Politik

STAR Sedia Bekerjasama Dengan Mana-Mana Parti Politik

Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik demi kestabilan politik dan usaha mencapai kata sepakat menuntut hak Sabah.

Presiden STAR Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, pihaknya mengambil pendekatan terbuka terhadap mana-mana parti khususnya parti tempatan bagi memastikan usaha itu berjaya.

“Kami terbuka kepada apa sahaja cadangan dan kami dapat bekerjasama dengan mana-mana parti politik seperti apa yang telah kami lakukan selama ini.

“Saya berharap semua parti politik khususnya parti politik tempatan dapat mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama sebagai satu entity seperti di negeri di Sarawak.

“Ini supaya kita menjadi lebih kuat. Saya rasa itu ideal dan suatu hari, mungkin ini akan berlaku. Marilah kita berusaha ke arah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran usaha sama di antara KOPSTAR Holdings Sdn Bhd dan Trucknet Machinery Sdn Bhd disini hari ini.

Dr Jeffrey juga berkata bahawa pada masa ini, terdapat perpaduan antara kerajaan dan pembangkang berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan isu pengembalian hak-hak Sabah.

Sebagai contoh, katanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, semua ahli-ahli DUN sebulat suara menolak Akta Laut Wilayah 2012, yang mengurangkan wilayah laut Sabah dan Sarawak dari 12 batu nautika menjadi tiga batu nautika (pengurangan sembilan batu nautika, atau 16.5 km).

Pada bulan April tahun ini, beliau juga telah mengeluarkan kenyataan menentang Akta tersebut, yang beliau anggap sebagai bertentangan dengan perlembagaan, dan menuntut agar undang-undang tersebut hanya terbatas di semenanjung sahaja, kerana Sabah dan Sarawak tidak pernah menyetujui Akta tersebut.

Sementara itu, mengenai acara hari ini, Dr Jeffrey berkata, usaha sama itu diharap dapat membantu anggota koperasi khsusunya petani dalam mengangkut dan memasarkan hasil tani mereka.

“Melalui perjanjian ini, anggota koperasi dapat memiliki mesin ringan ini melalui pembiayaan pembelian mudah yang dirancang oleh KOPSTAR,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOPSTAR Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik berkata, koperasi berharap dapat mengedarkan 2,000 trak ringan kepada anggota dan pembeli lain yang berminat.

“Trak ini 20% lebih murah berbanding dengan kenderaan sepertinya. Ahli-ahli koperasi yang berminat boleh menghubungi kami, dan kami akan membantu dengan memberikan bantuan kewangan secara kredit mikro dan jumlah minimum ialah RM2,000 setiap peserta, ”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular