HomeUtamaPergerakan Rentas Negeri Semakin Hampir

Pergerakan Rentas Negeri Semakin Hampir

Read Time:1 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR: Pergerakan rentas negeri akan dibenarkan kerajaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai yang mahu melakukan pergerakan rentas negeri diingatkan untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya turut menyarankan agar orang ramai untuk menjalani ujian saringan COVID-19 secara kendiri menggunakan air liur dengan kerap, bagi menjaga keselamatan individu tersayang, khususnya jika mahu pulang ke kampung halaman.

“Dalam tempoh beberapa hari lagi, sekatan rentas negeri akan berakhir.  Adalah penting untuk melaksanakan semua langkah berjaga-jaga seperti memakai pelitup muka, membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal, termasuk bagi yang sudah divaksin.

“Bagi menjaga keselamatan individu tersayang dan keluarga anda, tolong lakukan ujian kendiri RTK-Ag menggunakan air liur secara berkala,” katanya melalui Twitter, disini hari ini.

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti, dinasihatkan menjalani ujian kendiri COVID-19 apabila pergerakan rentas negeri dibenarkan kelak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini mencapai 90 peratus.

Portal COVIDNOW menunjukkan kadar populasi dewasa yang lengkap divaksin sudah mencecah 88.8 peratus, setakat tengah malam tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular