HomeIsu tempatanU-Science UMS Pelawa Pelajar Sertai Cabaran STEM4ALL: D.I.Y STEM Exploration

U-Science UMS Pelawa Pelajar Sertai Cabaran STEM4ALL: D.I.Y STEM Exploration

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: U-Science Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kolaborasi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mempelawa pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah untuk menyertai program STEM4ALL: D.I.Y. STEM Exploration bertemakan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Pertandingan yang dijalankan sepenuhnya secara dalam talian itu telah bermula pada 13 September dan akan berakhir pada 29 Oktober 2021.

Menurut kenyataan U-Science UMS, pertandingan tersebut bertujuan memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk menggunakan kebolehan kognitif dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui aktiviti-aktiviti berasaskan STEM.

Jelas U-Science UMS, dengan menggunakan bahan atau material yang mudah dan senang didapati di rumah masing-masing, tugas peserta adalah untuk mereka cipta projek STEM yang ingin mereka jalankan sepanjang tempoh pertandingan.

“Ianya boleh dikategorikan daripada masalah yang dihadapi oleh mereka atau cara-cara untuk mempermudahkan tugas-tugas harian dengan menggunakan konsep-konsep sains, teknologi, kejuruteraan atau matematik.

“Bagi pertandingan ini, tidak terdapat tema yang spesifik dan para peserta adalah bebas untuk meneroka projek masing-masing dan mengemukakan hasil inovasi melalui video ringkas yang dihasilkan pada akhir pertandingan berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menambah, video kreatif dengan durasi maksimum selama 5 minit daripada para peserta adalah berdasarkan aktiviti mereka menjalankan eksplorasi berkenaan dan hendaklah merangkumi perkara seperti pernyataan masalah, metodologi penyelesaian, konsep STEM yang digunakan, hasil daripada metodologi penyelesaian dan konsep STEM yang digunakan, rumusan projek dan faedah kepada masyarakat.

“Peserta hanya perlu memuat naik video kreatif di mana-mana media sosial seperti Facebook atau Youtube dan memberikan tanda pagar #STEM4ALL atau #DIYSTEMExploration2021.

“Pelajar yang telah lengkap menghantar butiran penyertaan layak untuk menerima sijil dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),” katanya.

Setiap peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai RM300 bagi hadiah utama dan terdapat lima pemenang bertuah bagi setiap kategori sekolah rendah dan sekolah menengah.

Maklumat lanjut serta video penerangan mengenai program tersebut boleh didapati melalui pautan https://youtu.be/BiwnqtvYlts, laman Facebook UScience UMS atau berhubung dengan pegawai bertugas, Deidre Faye di talian 016-7733889.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular