HomeIsu tempatanPemimpin Masyarakat Perlu Sentiasa Turun Padang

Pemimpin Masyarakat Perlu Sentiasa Turun Padang

Read Time:1 Minute, 24 Second

BUKIT GARAM : Pemimpin masyarakat di negeri ini diingatkan agar sentiasa turun padang bagi menerangkan program-program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, rakyat khususnya di kawasan luar bandar berdepan dengan pelbagai masalah terutama dari aspek kebajikan mereka.

“Pemimpin masyarakat terutama Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pemaju Mukim dan lain lain perlu cakna kepada isu semasa dan segera menyalurkan maklumat kepada pemimpin atas agar tindakan segera dapat dibantu.

“Selain itu, pendekatan itu bukan sahaja menjelaskan kesungguhan kerajaan dalam membela nasib rakyat, tetapi juga boleh menangkis tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pejabat Adun dan Parlimen yang baru  di Pekan Baru Bukit Garam  seterusnya mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan tersebut baru-baru ini.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pemimpin dan masyarakat setempat  perlu saling bekerjasama dalam menjaga nama baik negeri ini.

Katanya, pemimpin masyarakat juga perlu bijak menyampaikan program dan dasar kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Kerajaan sentiasa berusaha menjaga amanah rakyat dengan menyediakan pelbagai peluang agar kehidupan rakyat lebih sejahtera.

“Tugas dan tanggunjawab kita sebagai pemimpin masyarakat akar umbi bukan sekadar duduk di pejabat tapi perlu turun ke lapangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang apa juga isu rakyat baik dari segi kebajikan dan pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat dan penjawat awam negeri serta Persekutuan kerana memudahkan kerjanya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Kita berkerja sebagai satu pasukan untuk membangunkan kawasan ini dalam menyediakan prasarana dan meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular