HomeUtamaProgram Berbasikal Sempena Hari Ulangtahun Ke-68 TYT

Program Berbasikal Sempena Hari Ulangtahun Ke-68 TYT

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang ketua dan pegawai jabatan-jabatan kerajaan serta persatuan-persatuan menyertai program berbasikal sempena sambutan hari ulangtahun yang ke-68 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di sini pagi tadi.

Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni turut serta dalam program tersebut. Kayuhan sejauh 15 kilometer itu bermula daripada bangunan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hingga ke Menara Kinabalu.

Pelepasan (flagged off) dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Ulangtahun TYT pada tahun ini, yang mewakili Ketua Menteri.

Program berbasikal ini dipengerusikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip.

Antara yang hadir semasa program tersebut ialah Menteri Teknologi Sains dan Inivasi, Datuk Yakub Khan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu-Pembantu Menteri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian serta pegawai-pegawai kerajaan.

Turut diadakan di majlis yang sama ialah sesi memotong kek meraihkan hari ulangtahun TYT.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular