HomeIsu tempatanKelab Sahabat Penerangan Perkasa Penyampaian Maklumat

Kelab Sahabat Penerangan Perkasa Penyampaian Maklumat

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) disaran menubuhkan sebuah Kelab Sahabat Penerangan dalam memperkasakan lagi penyampaian maklumat kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, generasi muda masa kini antara nadi penyebaran maklumat. 

“Justeru, kita menyarankan pertubuhan kelab ini untuk anak-anak muda yang mana, mereka ini akan diberikan kursus serta penerangan dari semasa ke semasa mengenai isu-isu terkini.

“Melalui kaedah ini, penyampaian maklumat kepada generasi muda yang mampu membentuk hala tuju negara dapat disampaikan dengan lebih efektif,” katanya dalam Majlis Amanat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Warga Jabatan Penerangan Sabah di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah atas usaha JaPen yang giat melaksanakan Info On Wheels (IOW) dalam membantu masyarakat memahami langkah pencegahan dan penularan wabak Covid-19 seterusnya mengenai kepentingan pengambilan vaksin. 

Tambah Zahidi, JaPen bersama Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan Berita Nasional Malaysia (Bernama) merupakan barisan hadapan kementerian yang juga antara penyumbang pencapaian imuniti berkelompok Covid-19 atas usaha penyebaran maklumat meski dalam fasa pandemik melanda negara.

Sementara itu, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Abdullah berkata, sebanyak 75 Program Sepakat@Komuniti dilaksanakan di seluruh negeri dalam usaha menyampaikan dasar-dasar kerajaan ke peringkat akar umbi.

“Selain itu, JaPen turut membantu menjayakan 521 Program Jangkauan Luar Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) yang dianjurkan bersama CITF negeri dan daerah. Pada program tersebut, sebanyak 270 483 orang berjaya didaftarkan bagi mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Hadir sama, isteri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datik Nooraine Ahmad, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Harun Maddasa, wakil Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Cyril Simon, wakil Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Izham Johari serta pegawai-pegawai kanan dan warga JaPen Sabah./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular