HomeUtamaDUN Sabah : MUIS Rancang Tubuh Yayasan Pembangunan Ummah

DUN Sabah : MUIS Rancang Tubuh Yayasan Pembangunan Ummah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah merancang penubuhan Yayasan Pembangunan Ummah.

Yayasan itu bermatlamat untuk membangun dan memperkemas pengurusan Islam melalui bidang-bidang tertentu yang telah ditetapkan seperti bidang Dakwah dan Syiar, Pengimarahan Masjid dan lainnya.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuk bidang pendidikan yang menjadi teras kepada pembangunan modal insan.

“Yayasan ini bertujuan menyelaras dan mengurus pendidikan Islam yang dilaksanakan di negeri ini di semua peringkat bermula dari taman asuhan kanak-kanak sehingga keperingkat kolej dan universiti.

“Dalam perancangan jangka panjang, Yayasan Pembangunan Ummah ini akan membantu dalam pembangunan fizikal sekolah-sekolah Islam yang beroperasi di negeri ini di samping peruntukan yang sedia ada yang disediakan oleh kerajaan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS),”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Arifin berkata, pihaknya kini juga sedang membangunkan satu aplikasi bersepadu dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah.

Katanya, informasi semua berhubung pendidikan merangkumi Pengajian Tinggi dan sekolah Pendidikan biasa (Rendah dan Menengah Kerajaan, swasta, sekolah agama, Tahfiz dan lain-lain).

“Aplikasi ini sudah pasti memudahkan untuk kita mendapat maklumat mengenai pelajar-pelajar Sabah di seluruh IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia.

“Begitu juga dengan maklumat mengenai sekolah menengah dan rendah, sekolah jenis kebangsaan, sekolah agama berhubung bilangan pelajar, keadaan sekolah, kemudahan yang ada capaian internet dan lain-lain,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular