KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Hamzah Ahmad mengambil alih tugas sebagai komander baharu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) pada Jumaat.
Hamzah Ahmad menggantikan DCP Datuk Ahmad Fuad Othman yang akan bersara pada 11 Disember ini.
Majlis penyerahan tugas itu disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Negeri Dato’ Dr Zulkapli Mohamed, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman (JKDNKA), Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Hazani Ghazali dan Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato’ Idris Abdullah.