HomeIsu tempatanKKCC Tetap Meriah Disambut Dalam Norma Baharu

KKCC Tetap Meriah Disambut Dalam Norma Baharu

Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu Christmas Celebration (KKCC) anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kali ke-16 tetap berlangsung meriah meski disambut secara sederhana.

Seawal jam 5.30 petang, Padang Merdeka mula dikunjungi masyarakat bagi melihat gemerlapan lampu-lampu hiasan sempena krismas serta 20 gerai jualan yang dibuka sekitar padang. 

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir pada 7.30 malam yang juga merupakan Menteri Bertanggungjawab kepada DBKK.

Doa pembukaan kemudiannya dilakukan oleh Archbishop Datuk Melter Jiki Tais iaitu Naib Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah disusuli ucapan alu-aluan oleh Presidennya, Reverend Datuk Ir Jerry Dusing. 

Selepas ucapan tersebut, pentas dihangatkan dengan persembahan tarian dan nyanyian oleh Gereja Sidang Injil Borneo dengan lagu-lagu ketuhanan menggunakan rentak muzik masa kini. 

Selain itu, tayangan Video Christmas Message juga ditayangkan di layar yang tersedia bagi menyampaikan mesej-mesej keagamaan kepada pengunjung agar lebih memahami maksud disebalik sambutan krismas.

Turut melakukan persembahan ialah Charismatic Calvary Church dan Gereja Anglican Diocese of Sabah secara rakaman yang dimainkan sebelum persembahan langsung oleh Gereja Roman Katolik. 

Majlis diserikan lagi dengan ucapan daripada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Reverend Thomas Yip dan Abidin yang turut menyampaikan derma amal kepada Loreto Convent, Catholic Archdiocesan Commission Pastoral Care for the Migrants & Itinerants (ACMI) serta Caritas St. Michael Church, Penampang.

Kemudian, ‘hand-over’ penganjur KK Christmas 2021 diberikan kepada Dean Musa Ambai mewakili Gereja Anglican Diocese of Sabah yang akan menjadi penganjur bagi sambutan KKCC 2022.

Selesai acara rasmi, hadirin dihiburkan semula dengan persembahan nyanyian artis jemputan Joe Balanjiu Jr yang merupakan kemuncak persembahan sebelum diakhiri dengan doa penutup dan nyanyian beramai-ramai lagu ‘Feliz Navidad’./Penerangan-

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 100 pengunjung meriahkan Christmas @ KK Sentral Riverside Market

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular