HomeUtamaPastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Mencukupi Dipasaran

Pastikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Mencukupi Dipasaran

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah meminta pihak berkuasa memastikan bekalan Kit Ujian Kendiri COVID-19 cukup dipasaran bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Presidennya, David Chan berkata, permintaan terhadap alat berkenaan dilihat semakin meningkat susulan penularan varian baharu COVID-19 iaitu Omicron.

Katanya, pihak berkuasa turut digesa untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut yang telah dikawal oleh kerajaan.

“Dalam isu ini kita tidak pasti mengapa ada laporan bekalan kit ujian tidak cukup sama ada penjual mendapatkan sendiri daripada pengeluar atau berpunca daripada orang tengah.

“Sehubungan itu, kita akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi mendapatkan gambaran lebih jelas,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai agar lebih bijak dalam mendapatkan bekalan tersebut dengan membeli di farmasi dan kedai-kedai yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, kedai-kedai berkenaan mendapat kebenaran khas daripada KPDNHEP dan tidak sepatutnya berlaku kenaikan harga atau kekurangan bekalan.

“Kita harap dalam keadaan masyarakat yang bimbang dengan peningkatan kes positif COVID-19, kit ujian ini cukup bekalannya di pasaran bagi membolehkan ujian pantas dilakukan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular