HomeUtamaSabah Benarkan 50 Peratus Kehadiran Jemaah Masjid, Surau

Sabah Benarkan 50 Peratus Kehadiran Jemaah Masjid, Surau

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri membenarkan kehadiran jemaah di masjid dan surau seluruh Sabah adalah sehingga 50 peratus daripada kapasiti sedia ada untuk solat Jumaat serta solat lima waktu berjemaah berkuat kuasa hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, hanya individu yang lengkap vaksinasi sahaja dibenarkan datang untuk solat berjemaah termasuk imam dan ahli jawatankuasa masjid atau surau.

“Jumlah itu juga mengambil kira penjarakan fizikal satu meter seperti yang ditetapkan sebelum ini.

“Selain itu, jemaah juga dikehendaki untuk membawa sejadah sendiri, selain wajib memakai pelitup muka sepanjang masa dan mendaftarkan kehadiran sama ada menggunakan aplikasi MySejahtera atau buku rekod kehadiran jemaah,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, jemaah yang masih dalam pemantauan, golongan berisiko tinggi, mempunyai simptom seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan alahan tidak dibenarkan untuk hadir ke masjid atau surau.

Katanya, kanak-kanak bawah 12 tahun tanpa ditemani ibu bapa turut tidak dibenarkan hadir ke masjid atau surau.

“Sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif COVID-19, masjid atau surau terbabit perlu melakukan proses sanitasi penuh.

“Manakala bagi jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Pada 11 Februari lalu, Sabah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang menghadkan semula kehadiran di masjid dan surau kepada maksimum 150 orang atau satu pertiga ruang lantai tertutup berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular