HomeSukanSabah FC Tewas Tipis Di Gelanggang Sendiri

Sabah FC Tewas Tipis Di Gelanggang Sendiri

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Sabah FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 kepada Negeri Sembilan FC pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Likas disini sebentar tadi.

Sebaik wisel pertama ditiup, Sabah FC memulakan permainan dengan beberapa percubaan awal menerusi sepakan terus pemain import Altemir Cordeiro Pessoa Neto pada minit ke-2 namun berjaya diselamatkan penjaga gol pasukan pelawat Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Tiga minit berselang, Sabah FC hampir memperoleh peluang bagi mendahului jaringan apabila pemain import Park Taesu membuat tandukan selepas menerima hantaran dari Rizal Ghazali namun berjaya ditolak keluar penjaga gol pasukan pelawat.

Tuan rumah sekali lagi berpeluang mendahului jaringan gol apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas Altemir Cordeiro Pessoa Neto dirempuh penjaga gol Negeri Sembilan FC didalam kotak penalti pada minit akhir separuh masa pertama.

Namun sepakan penalti yang dilakukan Altemir Cordeiro Pessoa Neto itu gagal disempurnakan dengan baik apabila berjaya ditepis keluar penjaga gol Negeri Sembilan FC Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Bemula babak kedua, pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mendahului perlawanan apabila memperoleh gol pertama hasil jaringan Khair Muhammad Jefri Jones selepas menerima hantaran dari Ahmad Khuzaimi Piee pada minit ke-51.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan membolehkan Negeri Sembilan FC memperoleh tiga mata di gelanggang lawan.

Sabah FC akan bertemu PJ City FC pada perlawanan kedua Liga Super 2022 di Stadium Likas pada 9 Mac ini.

Manakala Negeri Sembilan FC akan bertemu Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badal pada tarikh yang sama.

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular