HomeUtamaTiga Premis Diserbu Disyaki Jual Barangan Tiruan Berjenama

Tiga Premis Diserbu Disyaki Jual Barangan Tiruan Berjenama

Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Tiga premis perniagaan diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah selepas disyaki menjual barangan mewah tiruan dalam satu operasi yang dijalankan selama dua hari berakhir semalam.

Dalam operasi itu, sebanyak 437 barangan aksesori wanita yang terdiri daripada beg tangan, beg sandang, tali pinggang, dompet, selipar, kasut, topi dan gelang jenama ‘Louis Vuitton (LV)’ dan ‘Chanel’ yang disyaki tiruan berjaya dirampas.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, semua barangan yang dirampas dianggarkan bernilai RM10,573.30 dan tindakan kes telah diambil di bawah Akta Cap Dagang 2019.

Katanya, serbuan telah dijalankan oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Sabah yang terdiri daripada 10 orang anggota bersama-sama wakil pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama ‘Louis Vutton (LV)’ dan ‘Chanel’.

“Operasi terbabit adalah hasil maklumat yang diterima daripada Global Trade Shield Consultancy Sdn. Bhd. yang bertindak sebagai wakil kepada pemilik cap dagang berdaftar untuk jenama ‘Louis Vuitton (LV)’ dan ‘Chanel’ yang disita di dalam kes ini.

“Ketiga-tiga pemilik premis perniagaan terbabit adalah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan kes ini akan disiasat mengikut seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam milikan bagi maksud perdagangan barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000.00 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.00 bagi setiap barangan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Georgie berkata, pihaknya akan terus menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Cap Dagangan 2019 bagi membanteras penjualan barangan tiruan dan aktiviti cetak rompak di pasaran.

Katanya, para peniaga adalah diingatkan agar lebih bertanggungjawab serta menghormati harta intelek orang lain di samping sentiasa berusaha membuat semakan status kesahihan dan ketulenan barangan yang dibekalkan.

“Pengguna juga dinasihati supaya tidak menyokong jualan barangan tiruan di pasaran yang belum tentu terjamin dari segi kualiti dan keselamatannya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup barang kawalan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular